Isu Bazar Tok Guru - Nik Aziz Lepas Tangan

Tokohnya Nik Aziz melambangkan seorang yang warak dalam beragama
memang dihormati, akan tetapi  sikapnya kepada ajaran Islam amat
lah dikesali karana mulut berkata lain, cakap tak serupa bikin.
KOTA BHARU, 10 April - Beratu- ratus peniaga Pasar Lama MPKB dan Bazar Arked UDA terus ditindas oleh kerajaan Pas Kelantan, Ini terbukti apabila Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat lepas tangan dan tidak mahu lagi berkompromi dengan peniaga-peniaga terbabit biar pun janji yang dibuatnya tidak dilaksanakan.

Angkara tindakan bodoh dan tamak golongan tertentu didalam kerajaan Pas Kelantan, peniaga terbabit yang majoritinya orang Melayu terus ditindas dan tidak tahu lagi kemana arah tuju.

Lebih memeritkan lagi, kesemua peniaga kecil ini hanya mengharapkan jualan dikedai yang tidak seberapa dikedua-dua pasar berkenaan. "Bagaimana nasib anak-anak kami, dimana lagi kami mahu mencari rezeki. Siapa yang untung, dua tiga orang dalam kerajaan negeri sahaja.Ingat doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah," kata Kak Mah sambil sambil menitiskan air mata kepada www.kelatekito.net

Ini semua disebabkan tindakan kerajaan Pas Kelantan yang tetap bertegas mengarahkan kesemua peniaga terbabit supaya keluar daripada Pasar Lama MPKB pada 30 mei ini. "Kita akan robohkan ruang niaga di Bazar Tok Guru semata-mata untuk memenuhi tuntutan peniaga ini. Saya tak nak komen apa lagi," kata Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Takiyuddin Hasan.

Takiyuddin juga menegaskan mereka tidak akan membeli balik bangunan Pasar Lama MPKB yang telah dijual kepada Sensa Timur Sdn Bhd biar pun didesak Dewan Pemuda Pas Kelantan sendiri

"Kita sebuah kerajaan Islam. Kita tidak akan memungkiri perjanjian yang dibuat dengan syarikat pemaju ini. Itu dasar kita," katanya. Soalnya dengan syarikat pemaju berpegang kapada janji tetapi bagaimana pula dengan peniaga-peniaga kecil ini, inilah yang dikatakan perintah ikut roh perut.-kelatekito.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular