Pas Kunci Mulut Walau Pun Ada Saham Serang Najib Isu Altantunya

KUALA LUMPUR, 15 April - Pas kini nampaknya lebih selesa menangkupkan kepala satu demi satu pendedahan tentang kebenaran mengenai pelbagai isu yang suatu ketika dahulu turut dijuarai oleh mereka. Bermula dengan isu liwat, rakaman video seks, misteri jam Omega sehinggalah yang terbaru pendedahan Raja Petra Kamaruddin (RPK) rakan karib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pelbagai isu termasuk isu pembunuhan model Monggolia, Altanyunya Sharibuu.


Mengulas perkara tersebut, Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata apa yang dilakukan Pas setakat ini memperlihatkan parti itu lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding membuktikan perjuangan sebenar mereka kononnya untuk menegakkan kebenaran selaras dengan tuntutan Islam.


Pas nampaknya kata beliau cuba bermain politik selamat dengan mengunci mulut walaupun kebenaran sudah berada didepan mata. "Jangan lupa mereka (Pas) juga ada saham menjuari isu Altantunya dengan membela apa jua yang dikatakan RPK. Tapi apabila RPK sudah membuat pendedahan dan perjelaskan, Pas mengunci mulut mereka.


"Ini kerana mereka sudah tersepit dan malu atas kelakuan mereka selama ini yang menyerang Perdana Menteri, Datul Seri Najib berhubung isu pembunuhan Altantunya", katanya kepada UMNO-Online disini. Pas tegas beliau lagi sebenarnya sedar mereka sedang memikul biawak hidup tetapi segan untuk mengakuinya kerana sudah tersalah langkah.


"Kita yakin sebenarnya Pas kenal siapa Anwar Ibrahim apatah lagi bila satu demi satu pendedahan tentang kebenaran terbongkar. "Malah kita difahamkan dikalangan ahli mereka sendiri sudah ramai mempersoalkan pendirian sebenar Pas. Kita berharap akan tiba masanya Pas akan benar-benar sedar", ujarnya.


Beberapa hari lalu RPK dalam temubualnya dengan pengarang kumpulan tv3 berkata beliau pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit kes pembunuhan kes Altantunya Sharibuu. Sebaliknya, Raja Petra mendakwa, beliau didesak dan diperngaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengambil alaih sebagai Perdana Menteri.-MediaUMNO.

2 ulasan:

  1. Salam sahabat Ku, maaf, dalam beberapa hari ni masih sibuk, bantu berkempen di sarawak, nanti selesai PR di Sarawak saya akan ajar semua nya, yang Saudara mahu, saya pun berharap Saudara beserta Keluarga sihat2 Walfiat, di samping menjalankan tugas seharian, Wassalam.

    BalasPadam
  2. Terima kasih kesudian sahabat terbuka hati memberi tunjuk ajar kepada saya. saya menentikannya dengan penuh harapan.

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Cala Huala adalah sejenis herba tradisional Peru dan perumusannya telah berkesan membantu beribu-ribu orang yang berpenyakit. Ia boleh...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...