Shamsul: JAWI dijangka siasat trio "Datuk T"

Ketua angkatan muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin berkata, beliau yakin Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menyiasat individu yang terlibat dalam satu tayangan video lucah kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan bulan lalu.


Shamsul Iskandar berkata demikian selepas disiasat hampir dua jam oleh JAWI hari ini berhubung dengan Qazaf (tuduhan perbuatan zina) yang dilakukan keatas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya lagi, JAWI telah meminta beliau turut hadir semula bagi memberi keterangan lanjut berhubung penayangan video yang dijalankan disebuah hotel yang ternama itu. Khususnya, maklumat berkenaan adalah berhubung penglibatan individu tertentu yang bertanggungjawab mendedahkan video lucah tersebut, kata Shamsul lagi.


"Saya yakin JAWI ada komitmen dan nampak bersungguh untuk menyiasat kes ini. Saya tidak mahu buat andaian awal, tetapi (Kes Qazaf) perlu dibawa kemahkamah syariah untuk dibuat pendakwaan," katanya kepada media hari ini.


Siasatan keatas Shamsul Iskandar itu dijalankan susulan laporan yang dibuatnya kepada JAWI pada bulan ini, berhubung dakwaan Qazaf berkenaan.


Laporan berkenaan dibuat mengikut seksyen 41 Akata jenayah Syariah Wilayah Persekutan. Pada 23 Mac lalu, tiga orang individu termasuk bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik mengakui bahawa mereka merupakan Trio "Datuk T" yang betanggung jawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara dua hari sebelumnya.


Dua lagi individu terlibat ialah ahli perniaga Datuk Shazryl Eskay serta bekas bendahari Pertubuhan Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Syuib Lazim.(April 18 2011)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Cala Huala adalah sejenis herba tradisional Peru dan perumusannya telah berkesan membantu beribu-ribu orang yang berpenyakit. Ia boleh...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...