BN DI JULANG, PAS DI TENDANG

Keputusan pilihara raya di Sarawak sudah di ketahui secara umum, bahawa BN berjaya mengekalkan pemerintahan di negeri Sarawak. Perlu diingatkan kepimpinan BN Sarawak walaupun berjaya membentuk kerajaan, kena diimbas kembali pretasi dan sambutan pengundi pada pilihan raya yang telah lepas dan dengan yang baru selasai pada kali ini.

Walau pun menang pada kali ini tetapi BN Sarawak telah kehilingan 8 kerusi yang ditandinginya. Kemenagan pada kali ini bukanlah satu kejayaan besar. Ini sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku pada pentadbiran di musim yang lepas dan demi mahu pretasi BN cemerlang untuk dimasa akan datang, perlulah diingatkan kepada BN Sarawak tingkatkan usaha yang gigih untuk menangani masalah rakyat, ini amat penting kerana rakyat yang menetukan sebuah kerajaan dan kuasa mutlak adalah ditangan rakyat.

Bagi mereka yang telah berjaya berjuanglah dengan kuasa rakyat, bukan berjuang dengan kuasa sendiri apabila kedudukan sudah ada janganlah disalah gunakan. Perlu diingatkan yang diatas lebih mudah untuk jatuh kebawah dan apabila anda sudah jatuh untuk bangun kembali bukanlah sesuatu yang mudah.

Perkara pokoknya kepentingan rakyat perlu dijaga buakan sekadar menyediakan keperluan asas sahaja..!Perlu wujudkan banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia perlu diutamakan ? supaya apabila rakyat ada peluang pekerjaan kuasa membeli sudah ada kepada setiap individu.

Kemenangan BN di Sarawak yang kehilangan sebayak 8 kerusi perlu dipandang dan diambil ikhtibar oleh kepimpinan BN di Semananjung kerana kita sudah hampir kepada PRU ke-13 jangan hanya target 2/3 yang diperlukan malah pencapaian yang lebih besar perlu diperolehi.

Oleh itu kapada anda yang bijak pandai perlulah berhati-hati kerana kuasa mutlak membena sebuah kerajaan terletak didalam genggaman rakyat. Yang di atas dengan hanya satu kuitan sahaja akan tergolek menyembah bumi. Saya berharap dengan slogan yang ada "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" jangan hanya slogan sahaja!

Akhir sekali saya merasa simpati kepada Pas yang tidak memperolehi apa-apa kejayaan di Sarawak. Saya tidak perlu komen apa-apa..cuma bila dah kalah tu..bermakna orang tak suka. Jadi kepada kepimpinan Pas perlu cari kelemahan sendiri daripada mencari sebab-sabab yang temeh-temeh terhadap orang lain.

Post by;mnorkembalak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular