55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Rundingan Di Tutup Masa Untuk Tindakan Undang-Undang

Kerajaan PAS Kelantan telah membuktikan merekalah diktator sebenarnya yang menindas rakyat didalan isu perpindahan peniaga Pasar Lama MPKB  ke Bazar Tok Guru.


Pintu rundingan antara pemimpin PAS dan semua peniaga tersebut telah ditutup dan diberi kata dua agar berpindah selewat-lewatnya pada 31 Mei ini atau harga lot-lot yang sempit di Bazar Tok Guru akan meningkat berkali-kali ganda lagi. Pandai betul pemimpin PAS mendapatkan duit bagi kerajaan negeri, dahlah setiap ceruk negeri sampai kepintu depan rumah orang pun diletakkan meter pembayar tempat letak kereta, terkini ialah membidas peniaga kecil pula. 


"Lepas ni jangan lupa undi PAS lagi agar PAS boleh tindas lagi rakyat Kelantan."


Nampaknya penindasan kerajaan Tok Guru keatas peniaga-peniaga kecil yang terdiri daripada pelbagai kaum ini memerlukan tindakan undang-undang dari mereka memandangkan pihak Menteri Besar dan kerajaan PAS sudah membuktikan kekejaman mereka.


Datuk Seri Mustafa Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, kesal dengan tindakan PAS yang menutup pintu rundingan kerana ini menyebabkan nasib para peniaga tidak menentu. Inilah masa yang tepat untuk rakyat Kelantan yang tertindas agar merusuh menjatuhkan Kerajaan Taliban PAS yang menutup pintu rundingan kerana ini menyebabkan nasib peniaga kecil demi meraih keuntungan berganda dari masalah yang dihadapi oleh peniaga tersebut.


Kesemua 300 peniaga yang tertindas itu perlu bersatu hati dan menyaman kerajaan negeri PAS Kelantan kerana telah memungkiri janji Pilihan Raya yang lepas. PAS memang munafik kerana sanggup menipu orang susah demi mengkayakan diri sendiri.(oleh: Isa bin Samad)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E