55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Hadi Akan Buktikan Dirinya Bukan Liabiliti

Machang - Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Haji Abdul Hadi Awang akan membuktikan pada penyokong parti bahawa beliau bukanlah liabiliti kepada parti. Beliau menyatakan kesedian beliau untuk bertanding pada pemilihan Pas Pusat Jun ini di Taman Melewar, Gombak bagi membersihkan nama baiknya.


"Jika ada pencalonan diterima pemimpin-pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-ngalukan kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya. "Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis ." kata beliau dipetik media.


Beliau berkata demikian berikutan penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari, yang berpendapat Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada Pas dan Pakatan Rakyat. Harakah daily melaporkan Abdul Aziz memberi komen kegagalan Pas memperoleh sebarang kerusi pada Pilihanraya Sarawak lalu juga adalah berpunca dari kelemahan Presiden. Tambahnya, Pas juga mengalu-ngalukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti. Namun kenyataan Abdul Hadi itu ada sedikit kekeliruan kerana beliau menyatakan hasrat untuk bertanding tetapi pada masa yang sama beliau ingin mencari pelapis baru.


Rasionalnya kalau mahu pelapis baru, Abdul Hadi wajar beri laluan dan setakat ini calon yang disebut-sebut ialah Exco Ekonomi Kelantan Datuk Husam Musa tetapi Abdul Hadi masih berminat untuk bertanding.


Hakikatnya Pas akan berlaku perpecahan pada persidangan muktamar Pas nanti antara puak Abdul Hadi dan puak Nik Aziz.


Psssstt...ini lah Dunia! jawatan dikejar sehingga ketua dan sampai berkurang upaya...?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E