55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

"Kami tidak takut didakwa"

KUALA LUMPUR,19 April - Trio "Datuk T" hari ini mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah Syeksen 292 Kanun Keseksaan, kerana menayangkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Semua trio tersebut, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim berkata, mereka sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.

Mereka juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat dimana sahaja termasuk didepan Ka'abah, bagi membuktikan pendedahan mengenai rakaman video seks tersebut adalah benar membabitkan ketua pembangkang tersebut, sebagaimana yang di dakwa.

Syabas "Trio Datuk T" anda bertiga orang yang berani demi sayangkan
Negera Malaysia dari diterajui oleh seorang pemimpin yang mengamalkan
sikap keperibadian yang buruk.

Shazly Eskay ketika dihubungi berkata, beliau tidak akan sesekali membantah sebarang tindakan undang-undang, jika benar pihak Peguam Negara mahu mendakwa tirio Datuk T di mahkamah, atas kesalahan memiliki serta mengedar rakaman video seks berkenaan.

"Kami serah sepenuhnya kepada pehak polis dan Peguam Negara,. Di pihak kami, apa jua keputusan dan arahan pihak berkuasa kami akan patuh termasuk pergi ke mahkamah. Kami akan memberi kerjasama 100 peratus kepada semua yang terlibat kerana kami sedar ini adalah perjuangan demi kebenaran.

"Oleh itu, kami bukan sahaja sanggup ke mahkamah tetapi kami juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat dimana sahaja termasuk di depan Ka'abah. Ini kerana saya yakin, kami di pihak yang benar dan tiada sebarang keraguan kerana lelaki itu memang Anwar." katanya, disini hari ini.

Alamak Al-juburi sudah naik haji ya dong, kapan perginya tidak
di umumkan. Pastinya sudah sumpah laknat di depan Ka'abah ya?
loo..belum lagi katanya, dia cuma baru mangan sesumpah aje
kate nye

Dalam pada itu, Shuib pula memberi tahu, pihaknya memang sedar  akan risiko perundangan yang terpaksa di hadapi kerana pendedahan itu tetapi menegaskan, perjuangan menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman oleh mahkamah.

Katanya, atas niat yang murni tersebut jugalah sehingga kini, semua trio Datuk T tidak mendapatkan sebarang khidmat peguam bagi menghadapi kemungkinan pendakwaan kerana yakin, Allah akan menolong golongan yang berjuang untuk mengelak negara ini dari di perintah individu tidak bermoral.

"Pada saya, pendedahan ini bukan bertujuan mahu mengedarkan rakaman video seks tetapi untuk membolihkan rakyat menjadi saksi. Kalau ingin mendengar, rakaman tersebut sudah di cetak sebanyak 20,000 salinan tetapi hingga kini hanya 15 individu sahaja yang dibenarkan menontonnya," kata beliau.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, jika Shazly Eskay sanggup melakukan sumpah laknat termasuk didepan Ka'abah, Anwar selama ini menampilkan imej Islamik di mata masyarakat juga perlu ada keberanian dan kepercayaan tersebut, dalam mencari kebenaran sebagai di tuntut oleh ugama Islam.

Sambil mengakui bahawa dirinya juga sudah bersedia untuk menerima apa juga keputusan Peguam Negara, bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, beliau juga sanggup berdepan dengan Anwar dalam apa juga situasi, selepas ketua pembangkang itu bermati-matian menafikan beliau terlibat dalam aksi video seks itu,-Utusan Online.

1 ulasan:

  1. Salam saudara ku, Untuk melink Blog Orang ke Blog kita, kita kena pergi ke Ad,send, untuk mendowlod, yang tanda B, jika kita nak gambar hidup, gambar yang kita simpan pun meswti gambar hidup, kalau nak ambil banyak gambar hidup, kena daftar p Targged.com, kat sana banyak gambar hidup yang boleh di ambil untuk di simpan dalam simpanan gambar kita, apa2 pun cuba dulu, saya sedia membantu demi kebaikan, Wassalam sahabat Ku

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E