55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

PRN Sarawak buktikan DAP adalah parti perkauman


Tidak dapat hendak dielakkan perkara ini kerana itulah hakikat yang sebenar-benarnya. Sudah tidak dapat disangkalkan lagi oleh puak-puak DAP bahawasanya mereka adalah sebuah parti yang cukup kuat fahaman Chauvinistiknya didalam Malaysia. Tetapi mereka kerap kali menuding jari terhadap orang lain serta menuduh orang itu yang lebih bersikap rasis terhadap bangsa lain jika hendak dibandingkan dengan mereka kononnya.

Perkara ini sudah tidak dapat dielakkan apabila keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak diumumkan semalam. Ia menyaksikan DAP berjaya merampas hampir kesemua kerusi yang ditandingi mereka sekali gus mengalahkan parti SUPP pimpinan Tan Sri George Chan. Malah Presiden SUPP itu tersungkur dikawasannya sendiri.

Namun, itu bukan persoalan pokok, Persolan pertama yang perlu ditanya ialah bagaimana DAP berjaya membolot keputusan sedemikian? Dengan menyemai benih-benih Rasisme dikalangan pengikut-pengikutnya dan masyarakat Cina khususnya.

Antara lain, mereka tanamkan didalam pemikiran pengikut-pengikut rasa benci terhadap bangsa lain. kononnya hanya mereka sahaja yang layak untuk memerintah dan megurus tadbir Negeri Sarawak ini.

Seterusnya mereka turut mempertikaikan hak keistimewaan bangsa lain, terutamanya dikalangan Bumiputera Sarawak. Kata mereka, kenapa kelebihan dan keistimewaan tersebut hanya diberikan kepada Bumiputera sahaja? kenapa tidak diberikan kepada semua? Kata mereka, ini adalah amalan didalam Gagasan 1Malaysia? Tidakkah dakwaan sedemikian masuk akal bagi mereka yang tidak benar-benar faham mengenai Gagasan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri itu?

Umpama senjata memakan tuan, pihak yang membela Kerajaan seperti hilang arah untuk menangkis persoalan yang ditimbulkan oleh DAP itu. Mereka dilihat gagal memberi penjelasan secara konsisten mengakibatkan perkara itu terus terbenam dalam pemikiran pengundi Cina. Disinilah kita lihat kesilapan yang jelas dan nyata didalam parti komponen Barisan Nasional yang menjaga kepentingan bangsa Cina di Sarawak SUPP jelas gagal untuk menjangka serangan sedemikian dan tidak pula mempunyai persiapan bagi menjawab pertikaian tersebut.

Maka timbul persoalan dikalangan masyarakat, apa yang SUPP buat untuk menjadi seteru tulen DAP di Sarawak ini? Tidak mungkin mereka tidak ada strategi untuk melawan agenda parti Chauvinis seperti DAP ini? Kegagalan seumpama inilah yang membuatkan rakyat semakin musykil. Maka tidak dapat dielakkan juga persoalan seperti ini mula berlegar diminda rakyat: "Sampai bila SUPP mahu mengharapkan Parti Bumiputera untuk terus menyokong mereka?" sama-samalah kita fikirkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E