Manifesto pembangkang bahaya

MUHYIDDIN Yassin bersalaman dengan calon BN, Vincent Goh Chun Siong
(DUN Pelawan) sambil diperhatikan Datok Seri Wong Soon Koh (Calon DUN
Bawang Assan)(tengah) dan Dr. Annuar Rapaee (Calon DUN Nangka) (kanan)
pada majlis makan malam 1 Malaysia di Sibu, Sarawak malam tadi - Utusan/Zaki
Aminuddun.
SIBU 9 April - Tan Sri Mahyiddin Yasin mengingatkan rakyat Sarawak tentang bahaya slogan manifesto "Jom Ubah Sarawak" yang diuar-uarkan pakatan pembangkang kerana tidak memberi sebarang jaminan bahawa perubahan itu mampu menjanjikan kebaikan.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, pembangkang boleh menjanjikan "bulan dan matahari" tetapi rekod dibeberapa buah negeri yang diperintah mereka menunjukkan apa yang dijanjikan kepada rakyat tidak pernah tertunai, malah dipenuhi pembohongan. Sedang kan kata beliau, Barisan Nasional tidak pernah menyebut perkataan "ubah" yang sebenarnya sudah lapuk di mata rakyat. Sebaliknya, perkataan terkini yang digunakan kerajaan adalah transformasi yang membuktikan banyak pencapaian dari kemakmuran dan kestabilan dikecapi oleh rakyat masa ini.

"Kita jangan terpedaya dan mesti berhati-hati bila mana kita menghadapi pilahan raya, kita mesti tahu akan hak kita.Yang mustahaknya, kita mesti tahu siapa mereka (pembangkang). (Lim) Guan Eng kata Pulau Pinang kini negeri contoh, tapi contoh yang bagaimana...nak berniaga pun susah . Mungkin dia popular di kalangan orang Cina, tetapi (realitinya secara umum) kita mestilah juga popular di kalangan orang Cina, Melayu, India, Kadazan, Iban, Bidayuh dan semuanya," kata beliau.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam 1 Malaysia anjuran masyarakat Sibu di sebuah hotel, disini semalam. Menurut Timbalan Perdana Menteri, banyak contoh yang dijanjikan pembangkang semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke12 pada Mac 2008 tidak pernah pun ditunaikan mereka.

Antaranya, janji untuk memberi wang sebanyak RM 1,000 kepada anak masuk Universiti, cuti 90 hari bersalin bergaji, manakala suami yang juga kakitangan kerajaan negeri akan diberi cuti selama 14 hari serta bantuan RM50 untuk pendidikan prasekolah. "Tapi semua bohong, bohong dan bohong..tak .ada..pun kosong! Ini semua tawaran-tawaran yang mereka tidak mampu laksanakan jika memerintah. "Dia nak ubah sebab nak ambil kuasa sahaja sebab itu mahu tumbangkan kerajaan. Sebab itu, BN mahukan mandat baru memerintah untuk meneruskan kesinambungan pembangunan dan kemajuan Sarawak. Kita tidak memaksa, tetapi kita yakin rakyat Sarawak akan membuat keputusan yang tepat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Cala Huala adalah sejenis herba tradisional Peru dan perumusannya telah berkesan membantu beribu-ribu orang yang berpenyakit. Ia boleh...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...