4 individu didedah Raja Petra disiasat

KUALA LUMPUR: Empat individu termasuk pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kolonel Azmi ZainalAbidin yang didedahkan pengendali blog, Raja Petra Kamarudin dengan akuan bersumpahnya disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung kes jenayah. Turut disiasat pengendali blog Malysia Today itu kerana akuan bersumpahnya dua tahun lalu yang mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, bagaimanapun menjelaskan siasatan yang dilakukan pihaknya lebih menjurus kepada empat individu yang didedahkan Raja Petra.

Mereka ialah pegawai risik ATM, Kolonel Azmi; penulis blog, Din Marican, selain Nik Azmi Nik Daud dan John Pang. "Sebenarnya Raja Petra banyak membantu dengan menyalurkan meklumat kepada polis untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar kepada Pejabat Peguam Negara.

Nama disebut penulis blog 
didakwa

"Sebaik keterangan Raja Petra diambil di Bangkok (kelmarin), polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaannya dan pendedahannya (mengenai empat lelaki terbabit),"katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, dua pegawai polis dari Bukit Aman menemui Raja Petra untuk merekod kenyataannya di hotel tempatnya menginap ketika menhadiri satu majlis dialog denganMalaysian Civil Liberties Movement (MCLM) di Bangkok.

Sebelum ini polis telah merekod beberapa keterangan individu bagi membantu siasatan berhubung pendedahannya mengenai pembabitan mereka menyalur maklumat kepadanya supaya supaya membuat akuan bersumpah dua tahun lalu, bagi mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya.

Ditanya sama ada Raja Petra akan ditahan jika pulang ke Malaysia, Khalid enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu. "Saya tidak mahu ulas tentang itu kerana ia belum dilakukan dan berlaku...kes sedang disiasat dan biar polis menjalankan siasatan secara terperinci. Berita Harian Online.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Cala Huala adalah sejenis herba tradisional Peru dan perumusannya telah berkesan membantu beribu-ribu orang yang berpenyakit. Ia boleh...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...