Perdana Menteri Lancar minyak Primax 95 Xtra

KUALA LUMPUR, 10 April - Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melancarkan minyak keluaran Petronas Dagangan Bhd (PBD) iaitu Primax 95 Xtra yang dihasilkan dari teknologi F1 bagi menggantikan RON 95.

Ia dilancarkan di Menara Berkembar Petronas pada Sabtu malam sempena dengan pengenalan baru label PBD iaitu "All The Way."

Harganya ialah sama dengan harga RON 95 sekarang. Pengarah urusan dan Ketua Pegawai Eksukutif  PBD Amir Hamzah Azizan berkata pelancaran Primax 95 Xtra menunjukkan kepentingan kajian dan penahbaikan berterusan kepada rangkaian produk Primax. "Kami juga percaya bahawa pertumbuhan tidak sahaja dalam bilangan stesen perkhidmatan Petronas yang kami ada tetapi juga berterusan meningkatkan kualiti minyak kami," katanya dalam satu kenyataan.

Amir Hamzah berkata bahan bakar baru itu boleh diperolehi di lebih 950 stesen minyak Petronas di seluruh negara."Primax 95 Xtra menghasilkan pembakaran yang berkesan dan mengurangkan geseran dalaman bagi menghasilkan fungsi maksimum setiap titisan minyak yang di bakar," katanya.

Pada majlis tersebut, Kumpulan Syarikat Malaysia LNG iaitu anak syarikat Petronas menderma US2.5 juta (RM7.55 juta) kepada Persatuan Palang Merah Jepun bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun 11 Mac lalu. Sumbangan tersebut diserahkan oleh Najib kepada Duta Besar Jepun ke Malaysia Masahiko Horie. Perdana Menteri dan isteri Datin Rosmah Mansor turut menyaksikan konsert Twin Towers @ Live 2011 sempena majlis pelancaran tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular