Nik Aziz Dibidas MCA

Gambar dan berita ehsan kelatekito.net
KOTA BHARU - MCA membidas Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bertemu dengan parti mengenai orang Cina sebagai tektik memancing undi.


Disebabkan pilihan raya umum semakin hampir, Presiden parti Datuk Seri Chua Soi Lek melihat pertemuan dengan Pas itu bukanlah ikhlas untuk nasib orang Cina tetapi ianya lebih kepada untuk lonjakan politik Pas meraih sokongan bukan Islam terutama Cina.


Pas sudah memerintah selam 20 tahun, kenapa baru sekarang hendak dbincangkan, "kata Chua justeru itu, beliau berkata MCA tidak akan melayan sebarang kehendak dari Pas dan menasihatkan Pas supaya tumpukan kaum Cina di Kelantan. Malahan beliau yakin kepimpinan Barisan Nasional (BN) telah membuktikan dan mampu menjaga hal kebajikan orang Cina.


www.kalatekito.net difahamkan tindakan Nik Aziz ingin bertemu dengan MCA untuk menjelaskan tindakan kerajaan Pas Kelantan mengharamkan penjualan loteri kebajikan Big Sweep di Kelantan. Pengharaman dan serbuan keatas dua buah kedai yang menjual tiket loteri di Kota Bharu pada Mac lepas menimbulkan kemarahan kaum bukan Islam kerana menganggap tindakan itu bertentangan  dengan hak mereka sebagai bukan Islam.


Malahan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas Hu Pang Chaw sebelum ini melihat tindakan Pas itu akan mengurangkan sokongan kaum bukan Islam terhadap Pas itu. Reaksi daripada pengharaman itu juga menimbulkan kemarahan sekutu Pas, Pengerusi DAP Karpal Singh yang mendesak agar pengharaman itu ditarik semula kerana ia bercanggah dengan undang-undang Persekutuan kerana pusat yang meluluskan lesen penjualan loteri itu.


Manakala MCA mengaskan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang namun Nik Aziz kekal pendiriannya untuk mengharamkannya setelah satu kajian semula dibuat oleh pehasihat undang-undang negeri. Hakikatnya judi haram kapada umat Islam namun bukan kepada bukan Islan dan mengharamkannya Pas perlu mendapatkan persetujuan masyarakat bukan Islam agar undang-undang itu diterima semua. Namun pengharaman itu tidak mendapat persetujuan bukan Islam kerana Pas bertindak sendiri tanpa membuat bancian dan penjelasan terlebih dahulu daripada bukan Ialam.


Perlaksanaan tidah profesional itu sama saja dengan perlaksanaan hudud apabila kaum bukan Islam di negeri itu masih tertanya-tanya apakah hudud itu kerana selama 20 tahun Pas memerintah tiada penerangan dibuat. Ini menunjukkan Pas tidak Ikhlas dalam perjuangan Islam dan hudud itu hanyalah senjata untuk pancing undi orang Melayu
"APA KAH HUKUM NYA MENJUAL AGAMA DEMI MENDAPAT KUASA"? marilah kita fikirkan.-kelatekito.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Cala Huala adalah sejenis herba tradisional Peru dan perumusannya telah berkesan membantu beribu-ribu orang yang berpenyakit. Ia boleh...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...