Isu Air Dibawa Suhakam, Pas Dituduh Pedagang Kapitalis Air

Aduhai lah Pok Nik, keno tunggu bule mengambe ko! atau
bule gerhano? napo lah sampai lo ni masaaloh air ni dok
selesai lagi?
KOTA BHARU, 11 April - Dalam masalah air rakyat Kelantan tidak lagi dapat bertolak ansur lagi dengan kelemahan kerajaan Pas Kelantan untuk memberikan khidmat bekalan air terbaik.

Ini kerana selam 21 tahun Pas memerintah Kelantan isu air menjadi semakin meruncing sehingga menimbulkan kemarahan 1.9 juta rakyatnya tanpa mengira penyokong Pas mahu pun Barisan Nasional (BN)

Sehubungan itu, setelah pemimpin Pas hanya pandai berdalih dalam isu itu termasuk syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) rakyat mula mencari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kerana hak mereka untuk mendapatkan keperluan asas gagal dipenuhi iaitu air. "Cuba fahami anak dan bini kita hendak mandi, ambil air sembahyang pun susah terutama hari bekerja dan bersekolah," kata seorang peserta Dalam dailog "Suahakam bersama rakyat" di Dewan Teratai, Kota Darulnaim disini, kepada Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmi Agam

PERHATIAN: gambar sebagai hiasan-hensem tak saya ni?

Seorang peserta, Kamaruzaman Ismail, berkata beliau menetap di Kelantan selama empat tahun dan membina rumahnya disini namun dalam tempoh itu Syarikat Air Sdn Bhd (AKSB) gagal menyediakan bekalan air paip kerumahnya.

"Selama tempoh itu, AKSB meminta saya bersabar kerana pihaknya sedang menukar paip lama kepada paip baru. Masalah utama ialah tekanan air rendah untuk masuk kedalam tangki air kerumah saya.

"Jadi masalah ini pun tidak akan selesai sampai bila-bila," katanya kepada panel Suhakam. Kamaruzaman berkata apa yang lebih mengecewakannya, dalam tempoh empat tahun itu biar pun tiada bekalan air diterima, beliau tetap diberi bil AKSB sebanyak RM4 setiap bulan. "Ini satu bentuk perniagaan kapitalisma yang mana barang tiadak ada tapi pengguna kena bayar," katanya. Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia ( MTUC) Kelantan Zakaria Abdul Rahman turut mengakui bahawa masalah air sudah sekian lama membelenggu pengguna namun kerajaan negeri gagal menyelesaikan isu berkenaan.

"Kerajaan Pusat pula membantu dengan memberikan peruntukan RM19 juta untuk menyalurkan bekalan air di kawasan yang kritikal kepada rakyat Kelantan sedangkan ia adalah tanggungjawab kerajaan negeri," katanya. Isu air gagal dilunaskan Pas berikutan kelemahan pentadbir Menteri Besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mengendahkan isu itu biar pun pusat telah memberikan RM600 juta untuk meningkatkan perkhidmatan AKSB dan masih juga masalah itu belum selesai.

www.kelatakito.net mendapati kerajaan pusat sekali lagi membantu dengan mengeluarkan peruntukan RM19 juta pada tahun ini untuk kawasan kritikal dan pendalamannegeri itu,disebabkan AKSB gagal menyalurkan bekalan air bersih kepada pengguna.-kelatekito.net

Psssssssssst.. Nik Aziz Tok heree pun sebab dio kato, mekoh pun susoh air jugok...!!

2 ulasan:

  1. Salam,

    Blog ini sudah saya link.
    Teruskan perjuangan untuk mendapatkan keredhoaan dan kerahmatan Allah.

    Berbakti untuk agama, bangsa dan tanahair adalah sebahagian dari keutamaan anak bangsa yang beragama.

    BalasPadam
  2. Terima kasih sahabat, bersama-sama kita mendaulat tanah Malaysia yang tercinta ini. Bangsa melayu kita utamakan, ugama Islam Islam tegakkan.

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular