Penafian bukti Pas parti penakut-Mohd Puad

KUALA LUMPUR, 23 Apri - Pas sudah menjadi sebuah parti yang penakut meskipun untuk menyatakan soal kebenaran mahu pun mengenai masa depan mereka sendiri sejak bekrjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan (DAP).

Ini terbukti apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, terpaksa menafikan kenyataan asal beliau yang parti itu akan mengkaji kedudukan mereka dalam pakatan pembangkang apabila siasatan rakaman video selesai, dipercayai akibat dari tekanan daripada PKR.

Ahli Majlis tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zaakashi berkata, akibat sikap penakut dan tidak berpendirian itu, Pas akan menjadi sebuah parti yang sentiasa rugi berbanding parti komponen lain dalam pakatan pembangkang


"Saya percaya apa yang dikatakan oleh Mustafa semalam (mengenai masa depan Pas) adalah suara hati Pas yang sebenar tetapi, mungkin selepas ditekan oleh (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan golongan yang menyokong Anwar, dia terpaksa pusing balik (nafikan) hari ini.

"Sepatutnya beliau selaku Setiausaha Agung tidak boleh terlalu takut dan teragak-agak untuk menyatakan kebenaran. Lagipun apa yang dikatakan oleh Mustafa itu adalah mengenai Pas, bukan menyentuh soal isu dalaman komponen pembangkang yang lain.

"Namun, selagimana Pas dalam pakatan pembangkang, selagi itu Pas akan berterusan menjadi penakut. Lihatlah bagaimana pendirian mereka dalamisu moral yang dikaitkan dengan Anwar," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, disini, hari ini.

Sementara itu, ditanya mengapa Pas terlalu takut untuk bersuara terutama melibatkan soal Anwar, Mohd Puad berkata, parti itu bertindak demikian kerana bimbang kepentingan politik mereka terhakis.

"Pas terlalu bergantung kepada Anwar untuk mendapatkan undi bukan Melayu, sebab itu tidak pelik jika hari ini pemimpin Pas mengeluarkan kenyataan yang lahir dari hati murni tetapi esoknya pemimpin yang sama boleh membuat kenyataan berbeza," jelasnya.- Utusan Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Cala Huala adalah sejenis herba tradisional Peru dan perumusannya telah berkesan membantu beribu-ribu orang yang berpenyakit. Ia boleh...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...