Pemimpin DAP Cuba Cari Perhatian Rakyat Dengan Cara Biadap Di DUN Perak

IPOH, 13 April - Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming mencetuskan kontroversi apabila tidak memakai pakaian istiadat dan bersongkok pada majlis Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12 Peraksemalam sebagai perbuatan mencari pilitik murahan.


Katanya, ADUN DAP itu terpaksa mencari publisiti murahan kerana kitika ini rakyat tidak lagi menghiraukan mereka. "Kini semua tertumpu di Sarawak dan pilihanraya umum akan datang, jadi, cerita mereka sunyi, rakyat makin tak hiraukan mereka. Untuk mencari perhatian, dia timbulkan kontroversi murahan ini.


"Seharusnya, dia tahu adap sopan dewan sebab dia bukan baru dalam politik. Dah lama jadi ADUN. Sejak tahun 1999 lagi. Walaupun tindakan itu tidak melanggar peraturan dewan tetapi Kor Ming harus menghormati dewan dan Sultan. Kor Ming tidak layak bergelar pemimpin kerana seorang pemimpin harus menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat. Harus menjaga etika diri. Bukan bersikap seperti ini," katanya kepada UMNO-Online disini.


Seharusnya, pakaian pada hari perasmian DUN adalah pakaian nombor satu ialah pakaian istiadat dan bersongkok dan ianya sudah menjadi amalan sejak dulu lagi. "Selepas hari perasmian, barulah pakaian pilihan yang dibenarkan untuk dipakai. Kor Ming patut jelas mengenai perkara ini kerana telah 12 tahun menjadi wakil rakyat.


"Ramai boleh menilai perangai Kor Ming. Tak habis-habis mahu mencetuskan publisiti murahan. Orang lain semua boleh pakai pakaian istiadat, kenapa dia mahu membantah. Ini kurang ajar namanya," tegas Shamsul.- MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular