"Kedah Sejahtera Untuk Semua" bertukar "Kedah Sengsara Untuk Semua"

ALOR STAR, 11 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dakwaan kononnya pakatan pembangkang berjaya mentadbir empat buah negeri yang dimenanginya semasa pilihanraya umum lalu termasuk Kedah adalah semata-mata propoganda dan omongan kosong.

Katanya, selama tiga tahun pakatan pembangkang memerintah Kedah dengan cogan kata "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" hanya slogan semata-mata. "Apa yang tepat adalah "Kedah Sengsara Untuk Semua", Saya ambil contoh, selama 50 tahun Barisan Nasional memerintah Kedah denagan lapan orang Menteri Besar, kita tidak pernah buat pinjaman bank.

"Tetapi, kerajaan sekarang telah membuat pinjaman bank sebanyak RM350 juta untuk membina sebuah universiti sekarang, kerajaan harus membayar sebanyak RM54 juta setahun dan siapa yang harus tanggung hutang ini kalau bukan rakyat.
"Rakyat yang harus menanggung beban ini dan sebab itulah cukai pintu telah dinaikkan. Bukan itu sahaja, dari pembangunan juga gagal. Sudah tiga tahun berlalu, mana janji mereka untuk membena rumah rakyat", katanya kepada UMNO-Online disini.

Sehingga kini jelas beliau lagi tiada sebuah pun rumah rakyat yang dibina kerajaan persekutuan. "Kita lihat pula bidang industri. Dalam tempoh pemerintahan mereka, tiada lansung pelabur yang dibawa masuk di Kulim Hightech Park. "Bila tiada pelabur, negeri tak membangun. Peluang pekerjaan tiada dan rakyat negeri Kedah terpaksa cari kerja diluar dari Kedah. Ini baru beberapa contoh dari berpuluh-puluh lagi kegagalan mereka.

"Inikan yang mereka katakan mereka berjaya mentadbir dengan baik. Saya amat berharap, rakyat Sarawak tidak akan mudah terpedaya dengan janji kosong mereka. Lihatlah apa yang telah terjadi di Semenanjung," ujarnya.Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Terap seterusnya berkata hakikatnya pakatan pembangkang hanya pandai bercakap dan menabur janji. "Cara janji yang mereka taburkan memeang amat meyakinkan tetapi semua adalah putar alam semata," ujarnya.

Mengulas dengan pilihanraya Negeri Sarawak, beliau berharap rakyat Sarawak akan melihat negeri-negeri semenanjung yang ditadbir oleh PKR, Pas dan Dap."Negeri-negeri dibawah tadbir mereka kucar kacir dan terabai. Jadi bagaimana mereka membela nasib rakyat Sarawak pula. "Mereka hanya pentingkan kuasa, rakyat akan merana. Jika parti sekutu mereka diSarawak SNAP sendiri telah menolak PKR, apa lagi rakyat Sarawak. Saya berharap rakyat Sarawak tidak akan menerima nasib seperti rakyat negeri Kedah," katanya -MediaUMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Cala Huala adalah sejenis herba tradisional Peru dan perumusannya telah berkesan membantu beribu-ribu orang yang berpenyakit. Ia boleh...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...