Cahaya Bulan Tiada Kelihatan Di Sarawak

KOTA BHARU - Seperti biasa setiap kali tewas pilihan raya, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan memberikan alasan membawa mereka berhadapan dengan kerajaan bukannya sebuah parti UMNO atau Barisan Nasional (BN).


Mungkin ketandusan idea atau tidak ada alasan yang lebih lunak didengar Nik Aziz memberikan alasan yang sama apa bila tewas 5-0 di Sarawak. Mungkin itu adalah alasan untuk menyedapkan hati.


Tetapi adakah beliau lupa ketika pilihan raya kecil di Kelantan, semua jentera kerajaan negeri  dikerahkan sepenuhnya untuk memancing undi. Ia dapat dilihat dengan jelas apabila secara tiba-tiba Karnival Betani Satu Ibadah diadakan di Padang Manik Urai Lama dan Padang Majlis Daerah Gua Musang. Malah di Padang Mani Urai lama turut dianjurkan Konsert penyanyi rock Ringgo, bekas vokalis kumpulan Renggo. Apakah kita lupa bagaimana Nik Aziz menggunakan Jabatan Agama Islam Kelantan untuk memberikan wang kepada Orang Asli dengan alasan zakat kepada mualaf.


Nik Aziz juga berbangga dengan pencapaian memberangsang sekutu kuatnya DAP pada pilihan raya negeri Sarawak apabila mencatat kemenengan 12 kerusi daripada 15 kerusi yang disertai parti itu.


Katanya, ia menunjukkan masyarakat bandar lebih berpengetahuan dan pengalaman dapat menilai kebenaran dibawa oleh pakatan pembangkang. Disini jelas menunjukkan Nik Aziz memperlekehkan penduduk dikawasan kampong dan luar bandar seolah-olah mereka tidak berilmu atau cukup akal untuk menilai baik dan buruk.


Satu lagi persoalan, apakah DAP akan dapat membantu Pas merealisasikan hasrat mereka menubuhkan negara Islam? Tepuk dada tanya iman, pasti ada jawapan,-kelatekito.net


Pssssssst...pilihan raya yang lepas di Merlimau dan Kerdau, nak tanya sikit Pas lawan dengan UMNO-BN bukan kerajaan Malaysia pun napa tumbang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Cala Huala adalah sejenis herba tradisional Peru dan perumusannya telah berkesan membantu beribu-ribu orang yang berpenyakit. Ia boleh...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...