Adun Titi Serong yang juga blogger Cina Islam nasib baik tidak digantung sampai mati!


Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN negeri Perakmembuat keputusan menggantung Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah daripada menghadirisatu sesi persidangan  pada Sidang Dewan Undangan Negeri akan datang. Speaker, Datuk R Ganesan, berkata keputusan itu diambil hasil perbincangan bersama ahli jatawatankuasa itu selepas meneliti rakaman video sidang lalu berhubung kenyataan yang dibuat oleh Khalil Idham dan Adun Temenggor, Datuk Hasbullah Osman pada 2 Disember lalu.

"Selaku pengerusi, saya menghantar notis kapada kedua-dua wakil rakyat itu untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN tetapi Khalil tidak hadir dengan memberi alasan tertentu. "Selepas meneliti rakaman itu, kita mengambil keputusan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Hasbullah tetapi sebaliknya Khalil Lim digantung satu persidangan iaitu satu hari sahaja.

"Jika persidangan akan datang berlansung selama empat hari, maka hari pertama itu, beliau tidak boleh menghadiri mesyuarat DUN," katanya kepada pemberita di Ipoh, petang ini. Sebelum itu, Adun Bota, Datuk Nasaruddin membentangkan usul keputusan jawatankuasa itu terhadap kedua-dua wakil rakyat terbabit yang kemudiannya disokong oleh Adun Hulu Kinta, Datuk Rusnah Kasim.

Terdahulu, ketika membentangkan usul itu Nassaruddin berkata, jawatankuasa terbabit pada 25 Januari lalu mendapati Hasbullah mengeluarkan kenyataan amalan rasuah terhadap Ronnie Liu berdasarkan daripada komen ahli DAP, tiada isu pada prima facie sebaleknya bagi kes Khalil Idham pula, terdapat isu berbangkit dan prima facie yang tidak pernah dijawab olehnya.

Adun Pas itu gagal memberi penjelasan kerana tidak hadir pada mesyuarat jawatankuasa pada 25 Februari dan mendapati beliau gagal bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkannya. Sehubung itu, jawatankuasa berkenaan membuat keputusan menggantung beliau daripada menghadiri satu persidangan DUN, kata Nassaruddin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Cala Huala adalah sejenis herba tradisional Peru dan perumusannya telah berkesan membantu beribu-ribu orang yang berpenyakit. Ia boleh...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...