SATU LAGI KEMUNAFIQAN GENUINE PAS | peraktoday.com

Kematian tragik seorang kanak-kanak berusia 7 tahun setelah dibelasah selama 2 jam tanpa henti oleh seorang "Ustaz Pas" masih lagi diingati. Bahkan ramai yang menaruh geram dan marah terhadap individu tersebut yang kini berada dalam tahanan polis. Tidak perlulah lagi diperincikan tragedi tersebut memandangkan ramai yang sudah tahu apa yang sebenarnya yang berlaku sama ada berdasarkan pembacaan, mahupun pendengaran, bahkan ramai yang melihat jenazah mayat kanak-kanak malang itu sendiri.

Pesuruhjaya Pas Perlis, Hshim Jasin telah memohon maaf bagi pehak Pas kerana tragedi tersebut telah menyebabkan Pas Perlis malu besar memandangkan jenayah pembunuhan itu dilakukan di institusi pendidikan milik Pas. Anehnya, Pas langsung tidak melalak menyuruh dan mendesak karajaan untuk menubuhkan Suruhajaya Siasatan Diraja, bahkan terus mendiamkan diri dan berusaha agar kes jenayah yang melibatkan anggota parti tersebut tidak lagi diperkatakan, terutama dengan munculnya kes kematian saksi SPRM, Ahmad Sarbani Mohamad.

Apa sebenarnya yang cuba diselindungi oleh Pas dalam kes di Perlis itu? Sungguh pun alasan yang diberikan ialah, kes tersebut sudah pun diserahkan sepenuhnya kepada siasatan polis dan Pas kononnya tidak berkompromi dengan jenayah ynag dilakukan oleh individu tersebut, mengapa pula pendekatan yang berbeza digunakan dalam kes pegawai kastam, Ahmad Sarbani Mohamad?

Ada berita yang melaporkan siasatan polis menemui sejumlah dadah dirumah suspek. Sekaligus menyebabkan suspek turut terkait dengan kes dadah selain membunuh seorang kanak-kanak lelaki yang comel mukanya berusia 7 tahun. Mungkin kerana suspek yang membunuh itu bukanlah Anwar Ibrahim yang berjaya menyatukan Pas dengan DAP, maka para pemimpin Pas beranggapan bahawa seorang ahli biasa yang ditugaskan di institusi pendidikan milik Pas sendiri, tidak akan terbabi untuk diperjuangkan. Apatah lagi kes tersebut sekadar menambahkan lagi imej buruk kepada Pas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular