Pas hanya untungkan DAP untuk pecah belahkan orang Melayu

KOTA BHARU, 18 April - Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Dali Hussin Berkata Pas sepatutnya sedar bahawa realiti politik semasa kini memerlihatkan parti itu tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada Pakatan Pembangkang yang disertainya melainkan hanya menguntung DAP bagi memecahbelahkan orang Melayu.

Selain daripada siri kekalahan Pas pada pilihan raya kecil negeri Sarawak yang berlansung Sabtu lalu juga membuktikan Pas tidak lebih sekadar alat tunggangan pakatan pembangkang terutama DAP. "Saya rasa Pas secara annya sedar bahawa mereka hanya dimanipulasi oleh rakan sekutunya tetapi Pas tidak mahu menerima kenyataan ini. Mungkin niat Pas betul berjuang dan berkorban untuk rakan sekutu mereka tetapi adakah mereka sedar, kebaikan mereka ini membuatkan PKR dan DAP mengambil kesempatan.

"DAP terutamanya memperalatkan kelemahan Pas demi kepentingan politik mereka. Di Sarawak Pas hanya diberi lima kerusi sekadar ambil syarat. Mereka tahu Pas tidak akan menang cukup sekadar Pas berjaya memecahbelahkan undi", katanya kepada UMNO-Online disini.

Justeru katanya Pas tidak boleh menolak hakikat betapa mereka hanyalah keldai tunggangan DAP yang setakat ini tidak memberi apa-apa keuntungan kapada mereka.

"Yang mendapat banyak manfaat adalah DAP. Pas juga hilang ramai penyokong dan sebilangan ahlinya juga tawar hati sejak menyertai pakatan pembangkang. "Mereka gadaikan perjuangan mereka selama ini yang kononnya untuk memperjuangkan Islam sedangkan DAP tetap seperti DAP yang dulu..tidak pernah berubah malah dapat keuntungan besar hasil kedangkalan Pas yang terlalu mengejar kuasa," ujarnya.

Dali yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa mahu rakyat teruatama orang melayu melihat akan senario ini bagaiman gagalnya Pas dan berjayanya DAP mengaut keuntungan. "Rakyat Sarawak dapat melihat dengan jelas bahawa Pas tidak akan mampu membawa sebarang kebaikan untuk rakyat malah Pas tiada pendirian. Seharusnya rakyat di Semenanjung juga kena menolak Pas kerana Pas sudah lari dari pendirian mereka dan bukanlah berdiri atas kaki mereka sendiri.

"Perjuangan Pas kini semata-mata ingin menjatuhkan UMNO dan BN sekali gus tindakan mereka ini memecahbelahkan umat Islam", katanya. Sejak menyertai pakatan tambah beliau lagi Pas sentiasa akur kepada semua kehendak DAP walaupun ianya bercanggah dengan perinsip perjuangan mereka sendiri. Beliau turut menjelaskan, di Kelantan sendiri semakin ramai telah mula sedar akan kepincangan yang wujud dalam parti Pas. "Sebab itu, program yang kita jalankan di Kelantan semakin mendapat sambutan orang ramai. Rakyat tidak mahu parti yang tiada pendirian untuk menjadi pemimpin," katanya lagi.MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular