55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Nik Aziz Berbohong, Janji Harga RM40.000 Tapi Jual RM90.000

KOTA BHARU - Menteri Besar Kerajaan Pas Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang pernah dikritik kerana menanggung kerugian RM50 juta selepas membina bangunan Bazar Tok Guru, disini, kini mahu menjualsetiap lot kedai dengan harga RM90.000 sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati 415 peniaga.

Peniaga Pasar Besar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dan Arked UDA menganggap Nik Aziz dan kerajaan negeri mungkir janji apabila sebelum ini mereka dijanjikan dengan harga RM40,000 setiap lot dan keluasan 3.04x3.65 meter persegi tetapi kini harganya naik sekali ganda serta keluasan yang disediakan adalah 1.82x2.4 metere persegi.

Berikutan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datu Seri Mustafa Mohamed, yang memandang serius perkara berkenaan akan mengutus surat kepada Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah berkenaan.


Mustafa berkata, masalah itu amat serius karana kebanyakan peniaga terbabit tidak berkemampuan untuk memiliki lot terlalu mahal sehingga menyamai harga sebuah lot kedai di Kuala Lumpur.


"Senario ini menunjukkan kerajaan Pas Kelantan gagal mengotakan janji sebagaimana diucapkan Menteri Besar pada piliharaya umum lalu, sekali gus menunjukkan mereka sudah mula hendak menindas rakyat negeri ini," katanya. Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberi tahu pemberita selepas mengadakan pertemuan peniaga terbabit disini semalam. Hadir sama Setiusaha Politik Perdana Menteri yang juga Ketua 
UMNO bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Pada 15 Januari 2010, pembinaan Bazar Tok Guru itu menimbulkan kontroversi apabila kerajaan PAS Kelantan dilaporkan menanggung kerugian dianggarkan kira-kira RM50 juta apabila terpaksa menebus balik bengunan itu daripada pemaju swasta yang terbabit dalam pembinaan bazar itu.


Ketika itu, Nik Aziz memberi jaminan bahawa lot di bazar itu akan dijual dalam lingkungan harga RM40,000 namu, sebaliknya berlaku, apabila dikenakan dengan harga antaraRM80,000 sehingga RM90,000. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga Arked Huda, Borhan Mohamad Nor, berkata pihaknya tidak akan berpindah ke bazat itu selagi isu berkaitan tidak dapat diselesaikan sebagaimana dijanjikan seblum ini.


Pengerusi Pasar Besar Arked MPKB, Abd Salim Ahmad, pula berkata semua peniaga percaya dengan janji Nik Aziz sebelum ini, namun akhirnya kecewa apabila diperlakukan sedemikian. "Kami sudah jumpa dengan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, namun hanya diberikan janji saja, mungkin ada sesuatu yang hendak disembunyikan," katanya.

1 ulasan:

  1. yang menyokong Tok Gundu munafik Nik Najis..kenapa tak bising pasal ni? elehhh...jawab orang PAS bodo..Tok Gundu kan MAKSUM!! Haha...bengap sungguh orang PAS ni...

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E