Menurut Satim, tindakan Khalid yang enggan membuat laporan dan juga mengupah penyiasat persendirian seperti mahu mentembunyikan kebenaran.
"Bagi saya dia tidak telus dan tidak jujur dalam hal ini, Mengapa hendak mengupah penyiasat persendirian dan enggan membuat laporan polis? Sekiranya pejabat atau rumah diceroboh, laporan polis haruslah dibuat. Wajib buat laporan.
"Tindakan Khalid mengundang spekulasi seolah-olah dia cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum. MB seakan takut pihak polis menyiasat perkara ini dan kebenaran didedahkan. "Jika hal lain seperti kes kematian Teoh Beng Hock, sehingga keakar umbi semuanya hendak diketahui oleh mereka tetapi mengapa kes pencerobohan ini enggan dilaporkan? Apa yang suba disorokkan?
"Cuba jika perkara sebegini terjadi dipejabat UMNO. Sudah pasti mereka akan desak agar ianya didedahkan kepada umum. PKR yang selama ini merancang memperjuangkan keadilan, maka mereka harus telus dan mendedahkan tentang rakaman video ini kepada rakyat. Rakyat berhak tahu kebenaran," katanya.
Pada Ogos tahun lalu, Khalid mendakwa menemui sebuah kamera video tersembunyi dibelakang langsir pejabatnya ditingkat 1, Bangunan SUK. Kamera video tersebuut ditemui selepas ianya berbunyi kerana kehabisan bateri. Bagaimana pon Khalid enggan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut dengan alasan Kerajaan Negeri akan menjalankan siasatan sendir.-MediaUMNO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak