Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata kestabilan politik merupakan kunci utama menjayakan program pembangunan dan keharmonian.
"Budaya demontrasi di jalan kerana tidak puas hati terhadap sesuatu perkara bukanlah langkah bijak dalam menyelesaikan sesuatu isu. Insiden yang berlaku di beberapa negara perlu dijadikan iktibar," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Info Bistari Peringkat Daerah Patutan ajuran Jabatan Penerangan Negeri Sabah hari ini. Turut hadir Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Edward Yong dan Pengarah Penerangan Negeri Almain Ajirul.
Yahya, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, berkata apabila berlaku demontrasi serta akibat terlalu emosional, banyak harta benda musnah dan rakyat yang tidak berdosa terpaksa menanggung risiko. "Justeru, perpaduan dan hidup harmoni perlu menjadi pegangan rakyat dinegeri ini agar kestabilan akan membantu merancakkan lagi pembangunan," katanya.
Pssstt... sama-samalah kita melaksanakan demi kesejahteraan bersama.
Salam Saudara, yang baik nya, di sebelah Kanan, letak Blog pro BN, di sebelah kiri, Blog pro Pakatan, hanya cadangan.
BalasPadamTerma kasih saya ikut cadangan sahabat, ingat pesanan saya. biar besar mana pun masalah perbezaan politik silatulrahim wajib dipelihara.
BalasPadamJika ada kesilapan saya sila beri teguran, saya terima dengan hati yang terbuka. terima shabat.