Pendekatan yang digunakan oleh Kerajaan Pas Kelantan ini seperti komunis, mereka memecahkan ahli-ahli terbabit supaya tidak bersatu dan memaksa mereka berpindah ke Bazar Tengku Aris dan medan selera berhampiran dengan Pasar Besar Tesco.
Hanya 5 dari 44 peniaga ini terus bertahan dan tidak menerima tawaran yang diberikan oleh kerajaan Pas Kelantan. Mereka mendesak supaya dikekalkan disitu dan dibawa berpindah bersama 300 ahli Pasar Lama MPKB ke Bazar Tok Guru. Malah katanya ada diantara mereka yang telah berpindah ke Tesco dan Bazar Tengku Aris kembali semula ke gerai lama kerana tidak mampu membayar sewa disebabkan tiada pengunjung. Mana mungkin dengan hanya pendapatan RM20 sehari untuk membayar dan menanggung keluarga.
Pada masa yang sama, 16 peniaga dikaki lima Pasr Lama MPKB turut menerima notis yang sama. Anda boleh bayangkan keadaan mereka dengan hanya berniaga dikaki lima. Pelik, kenapa semua peniaga di aras bawah Pasar Lama MPKB ini tidak dibawa bersama ke Bazar Tok Guru.
Kenapa mereka ditendang ke tempat yang tiada pengunjung. Ini semua strategi Sensa Timur (peniaga Bazar Tok Guru) unntuk mendapat untung lebih kerana mereka tahu peniaga ini tidak mampu untuk membayar sewa lebih di Bazar Tok Guru.
Dan inilah strategi Kerajaan Pas Kelantan untuk meningkatkan tekanan ke atas 300 ahli Persatuan Pasar Lama MPKB supaya berpindah ke Bazar Tok Guru sebelum Mei ini. Lihatlah betapa hebatnya permainan kerajaan yang menggelar diri mereka pejuang Islam. Mereka sanggup lakukan apa saja demi kepentingan perut dan nafsu mereka- kelatekito.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak