Hudud: Pemimpin Pas Sendiri Bakulsampahkan Nik Aziz

Kasihan Datuk Nik Aziz Nik Mat, kenyataannya mengenai hukum hudud bukan sahaja ditolak mentah-mentah oleh rakannya DAP dan PKR malah turut dibakulsampahkan pemimpin Pas sendiri. Sehingga hari ini tidak ada peminpin Pas yang berani mempertahankan Nik Aziz dan mengecam DAP dan PKR yang menolak hudud. Malah Ketua Pembangkang pujaan Nik Aziz sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menikuskan diri dalam mengeluarkan kenyataan berhubung dengan hudud ini.
Begitulah malangnya Nik Aziz dan parti Pas yang terus bertindak bacul dari mempertahankan perjuangan asal parti itu hanya kerana DAP dan PKR. Malah pemimpin pujaan terbaru Pas iaitu Lim Guan Eng yang diangkat kononnya sebagai Khalifah Umar Aziz juga turut membisukan diri. Begitulah bijaknya pemimpin DAP berbanding Pas. Yang peliknya walau pun jelas pemimpin PKR terutama DAP tidak pernah menyokong perjuangan hudud Pas namum Pas seperti hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong terus mempertahakan pemimpin DAP dalam apa jua keadaan.
Terbaru termasuklah tindakan khatib menggantikan nama Agong dengan nama pemimpin DAP dalam doa kedua dalam khutbah Jumaat. Lebih malang lagi Nik Aziz seperti terus diperbodohkan pemimpin DAP dalam isu hudud ini hingga Nik Aziz cukup percaya hanya Karpal Singh saja yang menetangnya.
"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbulkan isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat persaorangan dan bukannya keputusan parti," kata Nik Aziz kepada pemberita ketika ditemui dirumahnya di Pulau Melaka, disini. Namun jika dirujuk kembali kenyataan Karpal Singh, jelas Karpal Sings telah menyatakan dengan tegas bahawa parti DAP tidak akan menerima sebarang bentuk perlaksanaan hudud di negara ini.
Tidak timbul persoalan tentang pandangan peribadi seperti yang didakwa oleh Nik Aziz, malah kenyataan Nik Aziz kononnya pemimpin DAP lain senyap kononnya tidak bersetuju dengan Karpal Singh kerana mereka tentu menghormati Karpal Singh sebagai Pengurusi DAP. Pemimpin DAP senyap kerana tidak bijak bermain politik. Kalau mereka bersuara lantang sudah pasti penyokong-penyokong Melayu Pas yang mereka umpan sebelum ini akan melarikan diri.
Begitulah bijaknya DAPberbanding denganPas terutamanya Nik Aziz. Hakikatnya sekarang bukan sahaja DAP dan PKR menentang hukum hudud malah dikalangan pemimpin Pas sendiri juga menolak perjuangan itu. Liha sahaja mana perginya suara lantang Mahfuz Omar, Salehuddin Ayub, Idris Ahamad, Mat Sabu, Husam Musa, Khalid Samad untuk mempertahankan Nik Aziz berkenaan hukum hudud ini. Mereka jadi tikus sebab kiblat mereka bukan lagi terhadap Nik Aziz atau Hadi Awang tetapi mereka cukup takut untuk menentang kehendap DAP dan Anwar Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular