Siapakah Sebenarnya Pelacur Agama?

Bukan main ranggi lagi para penyokong Pas menghentam Barisan Nasional (BN) didalam isu azan yang didakwa ditimbulkan oleh ahli seumur hidup MCA di ibu negara baru-baru ini. Penyokong Pas dengan begitu gembira sekali melebelkan bahawa UMNO tak mampu mendakwahkan kafir didalam MCA untuk menghormati Isalam di dalam negara.
Sebenarnya Pas lupa bahawa puak-puak merekalah yang selam ini terlampau memberi muka kepada kafir yang menentang Islam. Pas telah memberikan kesan besar kepada DAP untuk mencampuri urusan agama dan juga ibadat umat Islam demi kepentingan politik mereka.
Siapa yang menyebabkan orang kafir membaca ayat Quran untuk berceramah politik? Siapa yang terpekik-pekik bertakbir apabila orang kafir membaca tafsir quran tak betul didalam perhimpunan politik? Dan siapa pula yang membenarkan orang kafir bertazkirah didalam ruang mimbar tempat orang Islam sujud kepada Allah?
Jangan lupa orang kafir dengan mudahnya bersenamrobik didalam kawasan masjid. Begitu juga berdemontrasi dan juga menjadikan masjid sebagai tempat perhimpunan haram. Siapa yang bertanggungjawab terhadap perlakuan biadap orang kafir kalau bukan pemimpin munafik yang berserban, berjubah labuh dan janggut sejemput didalam Pas.
Dimana suara para penyokong Pas bila semua ini berlaku? Teresa Kok juga pernah menghina azan. Malah Teresa Kok ditahan oleh kerajaan yang diterajui oleh UMNO kerana dakwaan cuba mempertahankan laungan azan. Tatapi apa Pas buat? Meraka sehingga kini masih terang-terangan menyokong Teresa Kok yang pernah menghina seruan untuk sujud menyembah Allah.
Pemimpin-pemimpin Pas juga sehingga hari ini masih tak malu untuk memeluk Lim Kit Siang serta Karpal Singh yang lansung tak bersetuju dengan negara Islam. Jika kafir yang jelas menentang kewujudan negara Islam pun Pas boleh peluk, apakah ini menunjukkan bahawa Pas peduli terhadap kehormatan agama rasmi negara ini?
Sebab itulah dikatakan bahawa pemimpin Pas itu munafik. Mereka hanya pandai bermuka-muka untuk meraih sokongan bagi mengekalkan jawatan politik mereka sahaja. Dan mereka bernasib baik kerana para penyokong yang berotak udang untuk mempercayai bulat-bulat apa yang disajikan oleh Tok Guru mereka.
Penyokong-penyokong Pas patutnya sedar, berdakwah kepada orang kafir bukannya dengan membenarkan mereka dengan sewenang-wenangnya mempergunakan ayat Quran dan Hadis. Berdakwah kepada orang bukan Islam juga bukannya dengan cara mempelawa mereka untuk berceramah dipentas dengan melambangkan bendera parti bulan.
Ini bukan berdakwah namanya seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pas. Itu sebenarnya melacurkan agama demi sebuah politik sempit. Dan itulah yang dan semakin ghairah dilakukan para pemimpin parti bulan.
UMNO dan kerajaan dituduh bersengkokol dengan kafir untuk memerintah negara, tetapi bagaimana pula Pas sanggup berkhalwat bersama kafir harbi DAP yang jelas tak mahukan negara yang berpaksikan Islam? Jika benar UMNO itu sekular dan tak mengamalkan Islam, pasti DAP sudah lama berkerjasama dengan UMNO dan bukan dengan Pas. Apakah ini masih susah untuk dibezakan oleh para penyokong Pas?
Artikel: Pak Long
Diterbitkan kembali mnorkembalak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular