UMNO Online - Jualan Loteri : Dakwaan DAP Makin Faham Perjuangan Pas, Satu Penipuan

Salam pembaca budiman, Tiada niat saya menghalang usaha yang baik yang ingin dilaksanakan oleh kepimpinan Pas Kelantan berkenaan tentang pengharaman penjualan judi Loteri Big Sweep. Usaha ini pada kita yang beragama Islam amat baik untuk dilaksanakan pengharamannya dijual didalam permis atau pon diluar permis perniagaan.
Akan tetapi, apa yang kita semua ketahui Karpal Singh pernah berkata langkah mayat dia dahulu jika nak tubuhkan negara Islam atau pemerintahan secara Islam di Malaysia ini. Ini amat bertentangan sekali dengan ulasan Nik Aziz Nik Mat, setiap kali Karpal Singh bersuara Nik Aziz akan kata, itu hanya pandangan peribadi Karpal Singh sahaja. Apakah Nik Aziz tidak tahu apa jawatan Karpal singh didalam Parti DAP?
Dan dalam pada itu yang peliknya Nik Aziz meminta pengharaman jualan tiket (judi) loteri ini dikaji semuala. Pada saya perkara ini sememangnya amat lucu, Kerana apabila dikaji pasti 101% penjualannya akan diluluskan oleh Kerajaan Pas Negeri Kelantan. Untuk mengelak dari dirinya dikritik Nik Aziz pasti akan mengeluarkan fatwa lagi. Bukan saya nafikan fatwa, tetapi fatwa itu jika dikeluarkan biarlah yang talah termaktub didalam Al-Quran. Jangan Fatwa songsang yang biasa digunakan oleh beliau ketika dalam setuasi yang terdesak contoh ketika meraih undi, undi PAS masuk syurga, undi BN masuk Neraka...fuhhh betul-betul lawok..siot..
Kerana apa saya berkata jika Pas Kelantan mengkaji kembali tentang isu judi yang diharamkan ianya akan meluluskaan penjualan tersebut ? Senang sahaja kita semua mencari jawapannya. Nik Aziz selain mencari pengaruh untuk menguatkan kuasanya, Beliau berhasrat besar ingin sampai disinggahsana Putrajaya dan untuk itu..! demi pentingkan sokongan dari pengundi seluruh Malaysia yang bukan berugama Islam maka tunduklah Nik Aziz secara tidak langsung dari tekanan sekutu rapatnya DAP.
Ada lagi satu yang lebih memeranjatkan kita semua, bahawa sikap Nik Aziz terhadap isu video seks Anwar Ibrahim ada kah tuan-tuan semua dengar apa-apa komen dari beliau...jawabnya tiada satu pon yang bernas melainkan terang-terang mereka mengatakan ini adalah kerja keji dari BN. Kenapa dan mengapa mereka-meraka mengatakan begitu?
Kerana Anwar Ibrahim adalah tiket percuma yang amat berharga untuk Pas sampai ke Putrajaya. Jika mereka mengkritik Anwar maka bermakna mereka musnahkan impian mereka, sama-samalah kita fikirkan.

3 ulasan:

  1. Salam,

    Blog tuan telah dilikkan sejak beberapa hari yang lalu. Isac menghadapi kesukaran untuk meninggal pesanan di blog tuan.

    TQ.

    BalasPadam
  2. Terima kasih sahabat, jasa mu dikenang.

    BalasPadam
  3. Salam Sadura Ku, se Islam, kita sebenar nya, hanya berbeda kepahaman Politik, tapi tak apa, kita lupakanlah, kerana ini semua hanyalah hayalan Dunia Politik, biarlah kita bersahabat, dalam Dunia Blogger, saya dah Publiskan Bloog saudara di tempat yang teratas, agar ramai pembaca melawati nya, t.kasih kerana meletakkan Bloog saya di Bloog saudara. ketemu kembali

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular