Amat memalukan seorang wakil rakyat dan juga Exco Kerajaan Pas Kelantan kalah kepada seorang yang tidak ternama, Hussin Bustari pada pemilihan persatuan ibu bapa dan guru itu. Lebih mengaibkan Hussin Bustari tidak hadir pada musyuarat tersebut. Laman sosial facebook, pemuda UMNO Wakaf Bharu menyatakan Che Abdullah atau lebih dikenali Che Abdullah sebagai Che Lah tewas dengan majoriti 17 undi apabila Hussin mendapat 87 undi.
"Strategi yang diatur YB gagal memenangi hati para ibu bapa, macamana ia mahu lawan ketokohan calon BN..Petanda awal kejatuhan Pas," kata laman tersebut. Kekalahan ini sebenarnya tidak perlu diulas dengan panjang lebar kerana ia dengan sendirinya telah membuktikan rakyat telah menolak Pas.-kelatekito.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak