Pas "Tak Ori" Sejak Jadi Pak Turut Kepada PKR & DAP

KUALA LUMPUR 10 Mac - Pemimpin Pas khususnya Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Abdul Aziz Nik Mat disarankan bermuhasabah dan berfikir secara mendalam penolakan orang Melayu terutama masyarakat Islam terhadap parti yang berkenaan. Gesaan ikhlas hadir daripada bekas orang kuat mereka sendiri yang telah bertindak keluar parti, Datuk Ghazali Hj Ahmad yang berbelas tahun berada dalam kepimpinan Deawan Ulama Pas sebelum ini.
Menurut beliau perjuangan Pas yang ibarat lalang serta sekadar menjadi "pak turut" dan "kuda tunggangan" didalam barisan pembangkang yang dikuasi DAP dan PKR menyebabkan orang Melayu menjauhkan diri daripada parti terbabit. "Kalau Pas nak selamat serta masih diterima oleh orang-orang Melayu mereka perlu tengok kepada perkara-perkara asas seperti yang sedia maklum, Pas hari tidak ada segala-galanya baik prinsip atau pegangan perjuangan sejati.
"Apa yang mereka kejar sekarang ialah menuju Putrajaya sepertimana mimpi sekutu mereka didalam pakatan pembangkang tanpa mereka sedari Pas hanyalah sekadar alat untuk memancing undi orang-orang Melayu. Justeru, saya berpadangan kekalahan mereka pada piliharaya kecil DUN Kerdau dan Merlimau baru-baru ini adalah petunjuk dan ingatan daripada Allah s.w.t agar mereka kembali melihat kepada tindak tanduk parti berkenaan yang "tidak lagi original," katanya.
Beliau seterusnya menambah, walau kedua-dua piliharaya kecil berkenaan bukanlah ukuran yang sebenar, namun pemimpin Pas sedar dan tahu hakikat yang perlu dibayar oleh mereka sekiranya terus berada didalam barisan pembangkang. Pada pilihanraya kecil DUN Kerdau dan Merlimau baru-baru ini, Pas tewas dikedua-dua kerusi berkenaan selain menunjukkan peningkatan majoriti kemenangan BN. DUN Kerdau merupakan majoriti pengundi Melayu selain beberapa pengundi yang terdiri daripada kaum lain. Begitu juga di DUN Merlimau dengan campuran pengundi pelbagai kaum yang dengan majoriti pengundi Melayu.
Datuk Ghazali seterusnya melihat, isu-isu rekaan yang dimainkan oleh Pas tidak lagi berjaya menmbat hati para pengundi selain tindakan beberapa pemimpin parti berkenaan yang tidak melihat keperluan rakyat.
"Ini adalah antara beberapa perkara yang saya mahu berkongsi agar Pas sedar dan tidak terus lena dibuai mimpi indah bersama rakan sekutu meraka yang sekadar menjadikan Pas sebagai kuda tungangan demi menjayakan mimpi menawan Putrajaya," katanya. - mediaUMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular