Import Alat Ganti Terpakai Diharamkan 1 Jun 2011

Kerajaan telah mengumumkan bahawa pengimportan alat ganti terpakai akan diharamkan mulai 1 Jun 2011 secara berperingkat-peringkat bagi melindungi industri tempata dan memelihara keselamatan pemandu. Berikut dibawah adalah kenyataan akhbar mengenainya.
KUALA LUMPUR 23 Mac - Kerajaan akan mengharamkan pengimportan barangan alat ganti dan komponen kereta terpakai secara berperingkat-peringkat mulai 1 Jun depan bagi melindungi industri tempatan dan memelihara keselamatan pemandu. Ketua Setiausaha Kementerian dan Industri, Datuk Rebecca Fatima Sta Maria berkata, bagi fasa pertama, empat alat ganti kompenen import yang diketegorikan paling kritikal menjejaskan industri akan diharamkan.
Katanya, keempat-empat komponen itu adalah pengcekam brek, penggalas brek, tayar dan bateri. Menurut beliau, pengharaman itu dilaksanakan setelah mengambil kira pandangan industri dan para pengusaha bengkel tempatan. "Pengharaman ini bagi memastikan kualiti barangan alat ganti dan komponen berada dalam piawaian yang ditetapkan. Fasa kedua pengharaman alat ganti dan komponen alat terpakai itu dalam proses perbincangan dan akan akan dimaklumkan kemudian," kata beliau selepas menghadiri mesyuarat bersama pemain industri automotif disini, hari ini. Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Gabunagn Persatuan Peniaga Alat Ganti Kejuruteraan dan Kenderaan Malaysia (FEMPTAM), Lim Wei Fook.
Kerajaan pada 28 October 2009 lalu memutuskan pengharaman pengimportan alat ganti dan komponen terpakai secara berperingkat-peringkat melalui penilaian semula Dasar Automotif Kebangsaan (NAP). Keputusan itu memastikan keselamatan jalanraya terjamin selain melindungi pengeluar alat ganti dan komponen terpakai. Perangkaan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKRJ) pada tahun lalu mendapati sebanyak 15 juta kenderaan berada dijalan raya dinegara ini melebihi usia 10 tahun.
Ketika ditanya kemungkinan pengharaman itu mungkin akan menjejaskan industri pengeluar alat ganti kereta tempatan, Rebecca menjawab, perkara ini tidak berlaku tetapi sebaliknya akan meningkatkan pengeluaran tempatan. Beliau menambah, jangka hayat minimum alat ganti tempatan antara lima hingga 10 tahun.
Sementar itu, Wei Fook ketika memberi pandangannya berkata, lebih 5,000 pengendali bengkel dinegara ini dijangka terjejas sedikit dalam pernigaan masing-masing berikutan pengharaman itu. Katanya, pendapatan tahunan kesemua pengedali itu kira-kira RM12 bilion setahun dan ini merupakan penjana pertumbuhan ekonomi yang sangat besar kepada negara. "Ia akan memberi impak besar kepada ekonomi negara berikutan pengguna pada waktu ini banyak bergantung kepada alat ganti dan komponen terpakai import yang ternyata 10 kali ganda lebih murah berbanding yang baru," ujarnya.
Secara jelas dalam kenyatan akhbar, 4 komponen alat ganti terpakai yang akan mula diharamkan pengimportannya adalah, brek, tayar dan bateri. Untuk tiga komponen tersebut, kami memang bersetuju namu untuk pencengkam brek, rasanya kami agak kurang bersetuju dalam perkara ini. Rata-rata pemilek kereta di Malaysia mempunyai kereta yang berusia 10 tahun keatas, dan untuk mendapatkan alat ganti yang baru yang sesuai dan mempunyai harga yang berpatutan, sememangnya ia agak sukar. Lebih-lebih lagi jikalau kenderaan yang berusia 20 tahun keatas? Mana nak cari yang baru?
Kerajaan meneruskan dasar tanpa melibatkan pandangan orang ramai dalam situasi ini. Hanya menurut pandangan dari pemilek bengkel tempatan. Adakah relevan keputusan tersebut sekiranya hanya mengambil kira pandangan pengusaha bengkel dan industri, yang sudah tentunya orang "business" tanpa melibatkan pengguna sendirinya sendiri?
Disini, kami ingin betanya, dimana kajian yang dibuat yang mengatakan bahawa komponen alat ganti terpakai membahayakan pemandu? Berapa peratuskah darinya yang menyebabkan kemalangan? Dimana bukti pandangan dan adakah ianya didokumenkan? Adakah ianya benar-benar mengambil pandangan industri dan keselamatan pemandu atau pandangan KRONI?
ADAKAH IANYA ADIL UNTUK PEMILIK-PEMILIK KERATA LAMA? APAKAH PANDANGAN ANDA MENGENAI PENGHARAMAN INI?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular