Kerajaan Tak Zalim, Calon Pas Patut Malu

Salam untuk semua pembaca,
Saya amat tertarik dengan pendedahan berkaitan calon Pas untuk Kerdau dan Merlimau isu yang mereka mainkan ialah kerajaan BN zalim. Persoalannya benarkah zalim....?
Calon Pas Merlimau, Yuhaizat Abdullah tinggal di kuarters kerajaan iaitu penempatan yang disediakan bagi pegawai kerajaan termasuklah kepada isterinya saorang guru. Jika kerajaan zalim tentunya dia telah awal-awal lagi dihambat keluar ekoran bertanding atas tiket pembangkang. Namun demikian, kerajaan tidak pernah menyentuh berkaitan hal terbabit apatah lagi untuk mengungkit apa yang telah disediakan kepada rakyatnya.
Begitu juga dengan calon Pas Kerdau, Hasanuddin Salim yang dikhabarkan mendapat tender kerajaan di Hospital Termeloh yang sepenuhnya milik kerajaan. Namun demikian tiada siapa yang mengungkit berkaitan hal terbabit malah apabila ada media mengajukan kepada Menteri Besarnya, jawabnya, "kita adalah kerajaan yang adil, semua rakyat mendapat layanan sama rata tanpa melihat idealogi politik termasuklah dalam pemberian tender. Jika tidak bagaimana pula mereka nak cari makan..mereka pun ada anak bini."
Terfikir, tak tau malukah calon Pas ini. Mereka membuat pelbagai tuduhan kepada kerajaan dan kepimpinan BN. Itu belum lagi dengan fitnah dan caci maki mereka sedangkan dalam masa yang sama mereka mendapat nekmat kesenangan hasil daripada BN. Tumpang teduh hujan panas dibawah bumbung yang dibina oleh kerajaan BN, cari makan dengan mengharapkan bantuan kerajaan BN tapi masih lagi terus tuduh BN zalim.
Memang tak tak tahu dek untung, ibarat anjing tersepit, sudah ditolong tapi yang menolong pula mahu digigitnya. Kerajaan memang langsung tak pernah mengharapkan rakyatnya ucap terima kasih atas apa yang dilaksanakan. Begitu juga penghargaan tapi sekurang-kurangnya sebagai seorang Islam, tentunya dia tahu mensyukuri nikmat Allah S.W.T tanpa kufur atas apa yang diberikan.
Terbukti inilah perangai orang Pas.
nukilan Airika Malek
Di terbit kembali KembalakEnterprise.blogspot.com (kbe.blog)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular