Isu Bazar Jejaskan Kredibiliti Pas

KOTA BHARU 27 Mac - Isu bantahan 415 para peniaga di Arked UDA dan Pasar Lama MPKB di akui pemimpin Pas menjejaskan kredibiliti parti sehingga rakyat kurang yakin terhadap kebolehan Pas mentadbir Kelantan. Malah isu itu juga menyebabkan Pas gagal dalam menjaga kebajikan rakyatnya da konsep negara kebajikan yang dilaungkan parti itu selama ini adalah satu" PEMBOHONGAN."
Perkara ini diakui sendiri oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) yang mencadangkan tiga cadangan demi kebaikan para peniaga kecil itu dimana DPPNK berpandanagn perpindakan mereka ke Bazar Tok Guru telah dipolitikkan oleh pehak-pehak tertentu sehingga menmpakkan seolah-olah kebajikan para peniaga tidak diutamakan oleh kerajaan nageri.
Justeru ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata perlaksanaan itu akan lebih merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk muncul sebagai negeri kebajikan yang mengutamakan kebajikan rakyat termasuklah para peniaga kecil. Abdul Latif mengesyorkan kerajaan negeri mengambil alih semula Pasar Lama MPKB daripada syarikat Sensa Timur Sdn Bhd yang telah dijual kepada syarikat itu bagi membolehkan ianya dibaiki semula untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
Beliau berkata langkah itu perlu bagi menyelesaikan isu berkaitan bantahan peniaga pasar yang enggan berpindah ke Bazar Tok Guru yang menimbulkan isu kontroversi sekarang ini. "Kita DPNNK mahu agar pehak kerajaan dapat mengambil alih Pasar Lama MPKB daripada Sensa Sdn Bhd yang merupakan pemilik sekarang," katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Mengkebang, dalam satu kenyataan.
Selain itu, katanya, DPPNK itu juga mahu kerajaan negeri membaik pulih Pasar Lama itu agar lebih selesa untuk digunakan bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan menjamin keselesaan para pengunjung. "Kita juga menyokong penuh cadangan pehak kerajaan untuk membuat pengambil alihan semula tanah merupakan tapak Arked baru untuk digunakan oleh peniaga yang sedia ada," katanya.
Isu ini timbul berikutan timbul bantahan daripada 415 para peniaga di Aked UDA dan Pasar Lama MPKB yang enggan berpindah ke Bazar Tok Guru setelah kerajaan negeri menyediakan lot kedai yang sempit serta harga yang mahal tidak mengikut perjanjian yang dibuat kerajaan negeri Pas sebelum pilihan raya umum 2008.-kelatekito.net

2 ulasan:

  1. As'kum dan Salam 1 malaysia
    Blog saudara telah saya linkkan dalam bloglist saya.
    Diharap atas jasa baik saudara dapat memasukkan blog saya di bloglist saudara
    Terima kasih

    http://blogpenyokongkerajaan.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Terima kasih diatas kesudian sahabat, saya mesti buat sebagai yang diminta.

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular