SAH! Apprentis Saifuddin & Mentor Anwar Ibrahim Pembohong Besar!!

Saifuddin mendapat tamparan hebat apabila beliau telah berbohong besar menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad berbohong dalam memoir beliau bertajuk 'A Dodtor In The House'. Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR menuduh bahawa Dr Mahathir tidak memberi peluang Anwar Ibarahim untuk bercakap semasa mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang membincangkan tentang salah laku Anwar Ibrahim pada 4 September 1998.
Saifuddin Nasution mendakwa bahawa peristiwa tahun 1998 itu 'masih segar' didalam ingatan beliau kerana beliau sendiri mengiringi Anwar Ibrahim ketingkat 38, Menara Datuk Onn, tempat berlangsungnya mesyuarat tersebut.
Yang memalukan ialah Saifuddin Nasution sebenarnya tidak berada didalam mesyuarat MT tersebut kerana beliau bukan ahli MT dan jika beliau tidak berada didalam mesyuarat tersebut, bagaimanakah beliau boleh mendakwa bahawa Anwar tidak diberi peluang untuk bercakap? Jika dirujuk kepada 'ingatan yang masih segar' Saifuddin itu, beliau mungkin hanya ingat lif dan suasana diluar bilik mesyuarat itu sahaja!
Pembohongan besar Saifuddin Nasution itu sebenarnya secara tidak lansung telah menguatkan lagi penjelasan yang telah ditulis oleh Dr Mahathir didalam memoir beliau. Negarawan tersebut telah menerangkan proses mesyuarat yang membincangkan isu Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim diberi peluang untuk bercakap dan mempertahankan diri beliau. Manakala pemecatan Anwar Ibrahim adalah persetujuan oleh ahli-ahli MT dan bukan Dr Mahathir sahaja.
Dan merujuk dengan sumber yang boleh dipercayai, soal pemecatan Anwar Ibrahim adalah satu perkara yang paling sukar dilakukan oleh Dr Mahathir kerana beliau sudah bernekad untuk melepaskan jawatan beliau. Sumber juga mengatakan bahawa niat tersebut menyerlah tatkala Dr Mahathir bercuti panjang pada tahun 1997.
Ironinya, jika Saifuddin Nasution tidak berada didalam bilik mesyuarat tersebut, kemungkinan besar, maklumat palsu yang diterima oleh beliau itu adalah daripada Anwar Ibrahim sendiri! Dan jika benar, Anwar Ibrahim adalah individu yang juga telah berbohong besar dan menipu rakan-rakan politik beliau selama ini!
Kasihan kerana rakan sendiri ditipu bulat-bulat oleh Anwar Ibrahim! sedarlah!
artikel: novandri.blogspot.com
by; manorkembalak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular