Pas, Dap Terpaksa Perguna Anwar Kaburi Rakyat Walaupun Anwar Liabiliti

KUALA LUMPUR 9 Mac - Pas dan Dap terpaksa menerima Ketua Pembankang, Datuk Seri Anwar Ibrahim walau pun beliau adalah liabiliti kepada pakatan pembankang dan diibaratkan seperti "luah mati emak, ditelan mati bapak". Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Annuar Shaari berkata pembankang terpaksa menaggung liabiliti itu kerana kedua-dua parti tidak mempunyai kekuatan sendiri untuk mendapatkan sokongan terutama dikalangan pengundi berlainan bangsa dan ugama.
"Perjuangan Dap dan Pas adalah berbeza antara satu sama lain, kedua-dua parti itu pernah bertikam lidah antara satu sama lain untuk menegakkan perjuangan masing-masing. Pas dangan perjuangan Islam, Dap dengan Malaysia Malaysiannya tetapi terpaksa disembunyi atau dipendamkan kerana berpendapat cita-cita mereka untuk menumbangkan BN tidak akan tercapai kalau tidak duduk sebumbung. Cara terbaik untuk meredakan pertelingkahan mereka, Anwar melalui PKR dipilih untuk menjadi orang tengah walau pun mereka tahu kehadirannya sebenarnya banyak menimbulkan masalah terutama kepada Pas" katanya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhjiddin Yasin bahawa penafian pembankang bahawa Anwar atau liabiliti adlah untuk kaburi rakyat supaya terus menyokong mereka. Menurutnya, sebenarnya Anwar dipergunakan oleh kedua-dua parti itu untum mendapatkan sokongan dari rakyat tanpa mengira kaum dan agama berikutan Dap dan Pas hanya mempunyai sokongan dripada golongan tertentu sahaja.
Tegasnya, tanpa Anuar kedua-dua parti itu tidak boleh duduk sebumbung terutama untuk memilih seorang ketua dalam pakatan pembangkang, ini disebabkan kedua-dua parti itu tidak dapat menerima salah saorang daripada mereka untuk menjadi pemimpin. "Jumlah kerusi di parlimen sudah cukup bukti, PKR tidak boleh ketuai pembangkang, tetapi terpaksa diketepikan kerana Dap tidak dapat menerima pemimpin jadi ketua. Waluupun Dap mengetahui mereka ada hak untuk menjadi ketua pembangkang, namun mereka rela Anwar jadi ketua untuk pastikan mereka mempunyai hubungan dengan Pas".
"Dengan adanya kerjasama bersama Pas, merka yakin dapat raih sokongan pengundi Melayu itulah sebenarnya matlamat Dap, sedangkanPas sebenarnya sukar untuk mendapat sokongan pengundi bukan Melayu", katanya.
Anwar berkata, dalam pakatan pembangkang, bukan sahaja Pas menjadi tunggangan kepada Dap, malah Anwar juga adalah kuda tunggangan kepada Dap dan Pas. MediaUMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular