Peniaga Melayu dipijak di bumi Serambi Mekah

Kota Bharu, 8 Mac - Lembah Sireh yang terletak ditebing sungai Kelantan membangun dengan pesat. Jika dahulu, disitu hanya kawasan lembah yang dijadikan tempat bercucuk tanam tetapi kini berubah wajah sepenuhnya. Tebing ditambak supaya lebih tinggi, tanah dipadatkan supaya kukuh. Kemudian dibina cerucuk-cerucuk besi yang kemudiannya membentuk bangunan-bangunan memanjang. Disitu juga tersergam sebuah pasaraya besar. Tesco- yang menjadi ukuran kemajuan kepada Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Tetapi sedarkah berapa ramai Mealyu yang mendapat tapak untuk berniaga dikawasan yang menjadi tumpuan ramai hari ini? Apa yang ada hanyalah berbondong-bondong orang Melayu yang pergi membelibelah dikawasan tersebut. Hakikat ini diakui sendiri oleh saorang usahawan yang cuba mendapatkan tapak berniaga di Tesco atau kawasan sekitarnya. "Kalau tak percaya bawa duit banyak mana sekali pun, saya percaya tuan tidak akan dapat ruang perniagaan di Tesco. Saya lalui sendiri, saya bawa rm15.ooo tunai untuk sewa ruang dalam pasar besar ini tetapi haram, layan pun tidak. Kalau tidak percaya pergilah cuba semak berapa ramaikah Melayu yang dapat tapak didalam Tesco dan kawasan disekelilingnya".
"Tengok dimana peniaga Melayu sekarang, dicampakkan masuk kedalam lubang kubur adalah, tengok Cina, sana sini tumbuh kopitiam, siapa yang mampu buka kopitiam, Melayu tidak mampu". kata usahawan yang mempunyai syarikat percetakan terbesar di bandar ini. Usahawan ini juga menarik perhatian tentang peranan Kerajaan PAS Kelantan dalam membantu usahawan dan peniaga kecil orang Melayu selepas 20 tahun memerintah. Katanya, Exco Usahawan negeri, Datuk Amar Tan hanya menjaga perut dan menkayakan Cina, orang Melayu diabaikan terus.
"Lihat dalam isu bazar Tok Guru, mana Anuar Tan, orang lain yang datang tolong selesaikan, apa sudah jadi dengan Kerajaan Pas Kelantan katanya nak tolong orang Islam dan Melayu tapi apa dia buat, habuk pun tak ada katanya". Masalah melibatkan peniaga kecil dinegeri ini terutama di Kota Bharu amat jelas kelihatan dalam isu Pasr Lama MPKB dan bazar Tok Guru. Pemimpin Pas hanya menanam tebu ditepi bibir tetapi tidak ada apa yang dilaksanakan. Seramai 415 peniaga disumbat kedalam "lubang kubur" untuk meniaga. Apakah ini yang dikatakan sebuah kerajaan yang adil? fikirkanlah - KELATEKITO.NET
Psssst..tolong Cina pahala, tolong Melayu dapat Bala..huhuhu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular