"Pas harus membuktikan keikhlasan dalam perjuangan mereka, jangan sanggup disebabkan politik mereka bolih menukar apa jua pendirian mereka hanya untuk kepentingan politik, mana perjuangan Islam yang dikatakan mereka. Sepatutnya Pas, sebuah parti Islam yang bersama-sama PKR dalam pakatan pembangkang harus memberi nasihat pandang kepada Anwar DSAI berhubung masalah yang dihadapi," katanya kepada UMNO-Onkine.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pendirian Pas terhadap Anwar kerana ada kalanya kepimpinan parti itu dilihat mengambil sikap berdiam diri, malah ad juga kenyataan yang dibuat bertentangan dengan parti itu terutama apabila membabitkan isu moral Ketua Pembangkang. Beliau berkata, Pas tidak harus buat begitu kerana apa yang berlaku itu boleh mengelirukan masyarakat terutama dikalangan umat Islam, malah ia boleh menyebabkan timbulnya tanggapan negatif masyarakat bukan Islam terhadap Islam sendiri.
"Apa yang berlaku pada hari ini, Pas seolah-olah tidak mahu menyatakan pendiriannya dan masih berdolak-dalik dengan kepelbagaian dan menyokong juga beberapa fakta yang diambil kepentinagan oleh Anwar,"katanya. Nizar berkata, apa yang berlaku ialah pembangkang cuba mengalih atau mengelirukan rakyat dengan mengatakan apa yang berlaku itu adalah konspirasi UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan Anwar.
"Sebenarnya tidak ada terdetik, terlintas dipemikiran kita untuk melakukan perkara-perkara sedemikian rupa, apa yang berlaku adalah masalah peribadi beliau, masalah peribadi yang banyak dikalangan parti pembangkang, tetapi Pas masih lagi mempertahankan tidak tanduk serta salah laku mereka. Dari segi agama, saya cukup yakin pemimpin-pemimpin Pas lebi tahu lebih arif, lebih pandai, lebih cerdik dan mungkin boleh meminta beliau bersumpah untuk menfikan beliau melakukan perkara-perkara itu," katanya.
Menurutnya, ketika diparlimen pembangkang menyatakan bahawa adalah sebuah parti yang mempunyai kewibawaan yang bersih dalam segalanya yang terbaik dikalangan yang terbaik. Beliau berharap rakyat dapat menilai dari apa yang berlaku dan tidak terpedaya dengan apa yang dimomok-momokkan oleh pembangkang dalam usaha untuk mendapat sokongan dan simpati - mediaUMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak