Malah ada diantara peniaga terbabit menitiskan air mata ketika doa dibacakan oleh imam ketika solat hajat yang diadakan di tingkat bawah Pasar Besar Lama MPKB itu. Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu Datu Mohd Fatmi Che Salleh turut hadhir pada solat tersebut untuk bersama-sama berjuang membela nasib rakyat. "Kami cuma mohon pada Allah SWT supaya membuka pintu hati Nik Aziz dan Exco yang berkaitan.
"Kami bukan berkeras kepala, kami cuma mahukan keadilan, kami boleh berpindah sekiranya janji dipenuhi dan gerai ini selesa untuk penjual dan pengunjung," kata Pengerusi Persatuan Pasar Lama MPKB, Abd Salim Ammad. Persatuan tersebut juga menganjurkan lawatan ke Bazar Tok Guru dengan menjemput ahli exco yang berkaitan supaya mereka melihat dengan mata kepala sendiri keadaan didalam bazar itu pada 4 April ini.
Inilah contoh kerajaan Islam yang dibawa oleh Nik Aziz untuk rakyat Kelantan tanpa memikirkan penderitaan yang terpaksa ditanggung. Sampai bila rakyat Kelantan terus ditipu, cukuplah 21 tahun. Memang benar seperti apa yang dikatakan oleh seorang peniaga, "puak-puak ni (pemimpin pas Kelantan) muka saja manis tapi jubor masam."-kelatekito.net
Psssst....kah kah kah Pas jubor masam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak