" Nik Aziz kan Ketua Ahzab dinegara ini manakala Karpal Singh pula sekutunya didalam pakatan Ahzab. Tidak peliklah, Sudah pasti Nik Aziz akan memberikan penjelasan, cuma sepertimana yang saya katakan tadi, dikuatiri bakal terkubur sepertimana perjuangan Islam. Dan tidak peliklah selepas itu, akankeluar dalil dan pelbagai nas yang akan digunakan oleh Nik Aziz dan kuncu-kuncunya semata-mata untuk menjaga hati sekutu Ahzabnya itu. Kita tidak perlu pergi jauh, tengok apa alasan mereka dalam soal perjuangan negara Islam."
"Dulu bukan main sanggup pertahankan perjuangan negara Islam tersebut sehingga keluar "fatwa" yang mengatakan UMNO kafir dan sebagainya kerana berkawan dengan kaum bukan Melayu. Alih-alih hari ini setelah berada dalam satu matlamat dengan DAP, tidak haramkah tindakan mereka itu," katanya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas langkah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk bersemuka dengan Pengurusi DAP, Karpal Singh bagi menjelaskan dasar kerajaan Kelantan berhubung dengan pengharaman judi. Sebelum ini, Pemuda UMNO Kelantan menyokong penuh hasrat Menteri Besar K elantan terbabit, namun dalam masa yang sama Ketua Pemudanya, Anuar Saffian menggesa Nik Aziz bukan sahaja menjelaskan dasar kerajaan Pas Kelantan sahaja, sebaliknya berbincang dengan DAP untuk mengharamkan segala pusat perjudian dinegeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan pembangkang ini.
Ustaz Mohd Noor seterusnya berharap, Nik Aziz teguh dan kukuh imannya dalam memberi penjelasan berkenaan soal tersebut supaya Pas tidak tidak lagi menjadi "pak turut" kepada sekutu Ahzabnya itu. "Alang-alang beliau mahu jumpa Karpal Singh untuk menjelaskan dasar Pas Kelantan, dakwahlah terus sepermana saranan Pemuda UMNO Kelantan itu yang mana berbincang dengan DAP untuk mengharamkan segala pusat perjudian dinegeri-negeri yang dikusai oleh pakatan pembangkang ini.
"Lagi satu janganlah lupa...intai-intailah perjuangan negaraIslam, kalau-kalaulah Karpal Singh terbuka hati untuk menerimanya dan bolehlah Pas guna didalam manifesto menjelang pilihanraya umum akan datang. Kalau bolehlah..bukanpaksa" katanya. mediaUMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak