Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu apabila beliau pada awalnya selepas perbicaraan -dalam-perbicaran, mahkamah tidak mempunyai testimoni pegawai siasatan (IO) Supt Judy Blacious Pererira dan pegawai penangkapan Supt Ahmad Taufik Abdullah yang mengesahkan bahawa tangkapan itu pada 16 Julai 2008 adalah sah.
"Saya memutuskan untuk mengecualikan barang kes itu oleh kerana pendakwaan tidak dapat mengemukakannya pada masa itu (perbicaraan-dalam-perbicaraan) oleh kerana permohonan ini dibuat setelah keterangan IO menyokong pendakwaan, kini bersetuju dengan keterangan mereka bahawa tangkapan terhadap tertuduh adlah sah," kata Mohamad Zabidin.
Mengenai permohonan kedua, beliau berkata setelah mengkaji seksyen itu untuk mahkamah 73 dan seksyen 165 Akta Keterangan 1950, tidak ada peruntukan di bawah kedua-dua seksyen itu untuk mahkamah membuat perintah seperti tersebut.
"Kedua-dua seksyen menyatakan lebih pada tulisan tangan dan cap jari dan DNA tidak dimasukkan, sehubung dengan itu tidak ada kewajaran untuk mahkamah itu dan menolak permohonan kedua.
Mohamad Zabidin memerintah kedua-dua saksi pendawaan, DSP Amidon Anan dah ahli kimia Nor Idora Saedon, dipanggil sebagai saksi dalam mengemukakan tiga barang kes yang diambil dari lokap ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dimana Anwar ditahan semalaman pada 16 Julai, 2008
dah dilinkkan dlm list blog baru.tq
BalasPadamTerima kasih Tuan, kita gempur dan terus gempur. selamatkan maruah bangsa, agama dan bumi yang kita cinta ini.
BalasPadam