Jangan Mudah Malenting Dengan Kenaikan Tarif Elektrik

Sebelum nak bising, sebelum nak komplen dan sebelum nak jadikan perkara ini satu isu baca dahulu dan faham sebenar-benarnya..!!!

Selepas kecoh mengenai harga bahan bakar ron97 yang dinaikkan, kini kecoh pula mengenai harga baru tariff eletrik yang bakal naik berkuat kuasa esok. Pembangkang mula mempolitikkan isu ini kononnya bakal membebankan rakyat. Mereka menuduh kerajaan tidak menjaga kebajikan rakyat bila menaikkan harga eletrik.

Tetapi tidakkah rakyat sedar bahawa kenaikan hanya melibatkan bil bulanan yang melebihi RM77.00 sebulan sedangkan kebanyakan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana, bil bulanan mereka tidak melebihi RM77.00 sebulan.

Ini jelas menunjukkan kerajaan sentiasa menjaga rakyat malah penggunaan dibawah RM20.00 sebulan adalah PERCUMA. Dengan memberi kelonggaran ini, kerajaan terpaksa menanggung kos RM122 Juta setahun. Kenaikan yang dimaklumkan kerajaan ini tidak membabitkan 4.4 juta daripada 5.94 pengguna domestik.

Jika bil bulanan melebihi RM77.00 baru ada caj kenaikan

Pengguna yang dibawah penggunaan 300Wj, langsung tiada terlibat dengan kenaikan ini. Jadi mengapa harus melenting tidak tentu pasal. Semaklah bil eletrik bulanan anda. Jangan terlalu mudah mempercayai kata-kata pembangkang yang memang suka melihat Negara kita ini sentiasa 'panas' dan bergolak.

Rakyat harus sedar, kerajaan sentiasa mendahulukan rakyat walaupun terpaksa menanggung pelbagai kos subsidi demi keselesaan rakyat. Cohtohnya subsidi gula, kita masih membayar RM2.30 Sedangkan harga sebenar RM2.40. Kerajaan terpaksa menanggung kos subsidi sebanyak RM789 Juta juga untuk gula.

Minyak masak pula kita hanya membayar RM2.50 Sedangkan harga sebenar RM3.50.Subsidi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan adalahRM813 juta juga. Ini belum lagi membabitkan subsidi lain-lain.

Kita harus bersyukur kerana Malaysia adala satu-satunya Negara yang mempunyai subsidi. Sekiranya kita ke Negara lain, kita terpaksa menanggung harga sebenar dan ini sudah pastinya menyusahkan kita.

Ambil contoh Singapura. Mengapa rakyat Singapura suka membeli belah di Johor Baharu? Ini adalah kerana mereka boleh membelidengan harga yang jauh lebih murah.

Kesimpulannya, jangan terlalu manja dengan subsidi dan hanya pandai menuding jari tanpa mengetahui duduk perkara sebenar. Pembangkang hanya tahu menabur fitnah bagi mengelirukan rakyat sekaligus menimbulkan rasa benci rakyat terhadap kerajaan.

Kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk kita. Mengapa kita sering bertanya apa yang telah kerajaan lakukan untuk kita tetapi pernahkah kita tanya kepada diri sendiri, apa yang telah kita lakukan untuk kerajaan dan Negara?
(Oleh Rabiatul Adawiah) 

3 ulasan:

  1. Memang saya setuju jangan melenting, tapi macamana dengan kos kehidupan yang lain. Naik Gula, naik tarif elektrik akan menyebabkan harga-harga barang akan naik dengan mendadak.

    Persoalannya, apabila TSMY menasihati peniaga jangan naik harga barang, adakah pihak kerajaan serius ingin menangani isu ini....atau sekadar cakap orang politik sahaja. Akhirnya yang menanggung adalah rakyat.

    Fikir-fikirlah sendiri......

    KAIZER

    BalasPadam
  2. Kawan setuju dengan pendapat tuan kalau kenaikan tarif elektrik itu cuma melibatkan rumah kediaman. Bagaimana dengan kilang-kilang? Takkah nanti ia digunakan sebagai alasan menaikkan harga?

    http://kawahberapi.blogspot.com/2011/05/kenaikan-tarif-elektrik-lebih-teruk.html

    BalasPadam
  3. Terima kasih sahabat Kaizer dan Kawah Berapi kerana telah memberi komen di ruang ini. Walau kerajaan apa pun yang memerintah jika berlaku kos kenaikan harga barang, kerajaan itu akan dikecam atau tidak disenangi oleh rakyat.

    Bagaimana pula agaknya jika kita yang mentadbir dalam sesubuah negara, setiap bahan keperluan yang di impot iaitu bahan siap diproses atau bahan mentah menghadapi kenaikan harga pasaran global..camana kita nak buat ye..?

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular