Pandainya Ustaz Azizan...Naikkan Bil Air Untuk Bayar Hutang Kerajaan PAS

Menteri Besar Kedah, Azizan Razak 'mengamuk' bila tindakannya menaikkan tarif air di Kedah disensasikan media serta menerima berbagai kritikan. Marah betul Ustaz Azizan bila dicemuh kerana mengmbil tindakkan yang membebankan rakyat.

Dalam sebuah blog pembangkang, malalui setpolnya, beliau memberi penjelasan yang panjang lebar mengenai hal ini. Pada dasarnya, beliau menyalahkan kerajaan BN terdahulu yang cenderung membuat pinjaman daripada kerajaan persekutuan, berbanding memohon geran (yang menjadi hak rakyat Kedah yang juga rakyat Malaysia) gara-gara ingin memberi projek kepada kroni.

Sikap kerajaan BN Kedah tersebut telah menyebabkan karajaan Pusat terbeban dengan hutang tidak berbayar lalu Pihak Kerajaan Pusat dalam usaha memastikan hutang-hutang lapuk itu di bayar oleh semua kerajaan negeri, telah mengmbil langkah 'merampas secara halus' hak yang telah diperuntukan dalam perlembagaan persekutuan sebagai hak kerajaan negeri iaitu sumber dan bekalan air. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda untuk menjayakan langkah ini.

Dalam menegaskan hujah beliau, beliau juga mengugut akan mendedahkan nama-nama pemimpin BN Kedah yang terlibat dalam kronisme dan korupsi ini.

2 ulasan:

  1. Buat kerja cara Islam.Terkini Pas menang besar buluh kasap di sarawak masuk angin keluar asap.Hadiah teloq OMEGA.Mari ramai pergi sarawak tebas hutan balak di sana pula Di kedah dah habis.

    BalasPadam
  2. Pas hanya bolih mendabek dada hanya di Kelantan, akan tetapi pada PRU KE-13 nanti rasa-rasanya rakyat Kelantan mungkin ramai yang akan beralih arah meninggalkan perjuangan pas.

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular