Pas Umum Tinggalkan PR selepas Muktamar

Setelah sekian lama disepak, dipijak dan ditunjal-tunjal kepala oleh DAP dan PKR, akhirnya tedengar juga rungutan dari dalam PAS sendiri yang mendesak agar hubungan PAS dengan kedua-dua parti itu diputuskan.


Namun, desakan tersebut bukan kerana PAS tidak sanggup lagi menjadi pencacai atau anjing DAP dan PKR dan bukan juga kerana tidak mahu terheret kedalam dosa skandal Anwar Ibrahim tetapi kerana takut hilang sokongan dalam pilihanraya. Pendekata, desakan untuk meninggalkan PR berlaku bukan kerana maruah atau kerana Allah, tetapi kerana politik semata-mata.


Menyedari yang video skandal seks Anwar Ibrahim telah menjejaskan sokongan rakyat terhadap mereka, maka Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali telah membayangkan yang parti tersebut akan memutuskan soal hubungan dengan PR selepas siasatan video seks selesai. Sumber sumber dalaman PAS memberi tahu penulis bahawa ada kalangan PAS yang tidak puas hati dengan tindakan pemimpin-pemimpin tertentu yang berusaha untuk terus membela Anwar walau pun ternyata Anwar terlibat dalam video seks tersebut mengikut siasatan pakar luar negara yang menggunakan biometrik.


Menurut sumber tersebut lagi perkara ini akan dibawa kemuktamar PAS yang dijadualkan berlangsung dalam bulan Jun. Dikatakan beberapa perwakilan dari beberapa kawasan akan mengemukakan usul tergempar supaya PAS menamatkan sahaja hubungannya dengan PKR dan DAP.


Tekanan kearah itu semankin menebal kerana terbukti pretasi PAS semakin merosot didalam pilihanraya-pilihanraya yang berlansung akhir-akhir ini. Kebimbangan didalam PAS juga semankin memuncak andainya Anwar didapati bersalah dalam kes liwatnya. Muktamar PAS dijangka hangat, sehangat isu-isu skandal pemimpin-pemimpin PR juga. Ini kerana selain Anwar dan PKR, skandal rasuah DAP juga semankin menyerlah melalui kes Teoh Beng Hock.


Dengan itu, jika PAS terus bekerjasama dengan kedua-dua parti ini, kemungkinan besar PAS akan terjerumus sama ada rakyat tidak lagi akan mempercayai mereka. Bagi penulis, PAS tidak seharusnya bergabung dengan PKR dan DAP sejak dari mula lagi. Telah dikatakan yang "perkahwinan" poligami ini tidak akan berjaya akibat ideologi yang terlalu berbeza. Kegagalan pemimpin PAS memahami sejak dari mula membuktikan yang PAS sememangnya tidak punya kredibiliti dan tidak layak lansung untuk memimpin negara.

2 ulasan:

  1. Memang patut pun pas keluar..Aku dulu sama sokong jer pas ngan umno ni..setelah dia bergabung dgn PKR dan DAP ni aku dah jadi x suka..

    BalasPadam
  2. Sabor jer sahabat, depa nak berubah rasa dan nak tukor selera bila dah jemu depa tau ler cari pintu depan ker atau pintu belakang! yang kita ni peliharalah silaturahim, walau pun ada diantara kita semua berbeza ideologi dan sebagainya silatulrahim jangan diputuskan. Terima kasih sudi meninjau blog saya dan ada masa dijemput berkunjung lagi.

    Dalam pada itu berilah teguran jika saya melakukan kesilapan, saya terima dengan hati yang ikhlas.

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular