Ulamak Cari Makan Politik Makin Garu Kepala

Pas semakin tersepit sejak kebelakangan ini. Keghairahan Hj Hadi mempertahankan Anwar dan keberanian Nik Aziz mendoakan supaya ditunjukkan kebenaran dalam solat hajat mega telah disusuli dengan pelbagai pendedahan menggemparkan mereka sendiri pun jadi bingung.

Bingung mungkin disebabkab "expectation" dari sembahyang hajat mega yang diadakan lebih 7,000 jemaah tidak seperti yang mereka mahukan. Mereka mahukan kebenaran ditunjukkan kekuasaannya dan menghukum mereka yang bertindak zalim, kerana mereka menyangkakan pehak mereka tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim dan menurut hawa nafsu.

Mereka mahu Allah menghukum dan menterbalikkan semula keaiban yang lebih besar kepada pihak yang telah mendedahkan keaiban Anwar dan keluarganya kerana keaiban yang begitu menurut Islam tidak boleh didedahkan sama sekali dan walau dalam keadaan apa sekali pun.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Satu demi satu pekembangan yang berlaku selepas solat hajat mega seolah-olah sedang menempelak pihak yang mereka sedang pertahankan.


Bermula dengan pengesahan video  Susulan dari itu, Wan Azizah mengatakan tulin atau tidak bukan isu. Isunya orang dalam video itu bukan Anwar.


Bila ditanya dimana jam Omega. Azizzah kata "kamu bukan pendakwa raya".


Turutan dari pertanyaan ini, Anwar juga turut menempelak semula wartawan dan hampir-hampir hilang kawalan diri apabila ditanya dimana jam Omega.
Anwar seboleh-bolehnya mahu wartawan tanya soalan lain dan mencadangkan supaya wartawan tanya DS Najib apa kaitan Najib dan Rosmah dengan pembunuhan Altantunya. Anwar tidak kedengaran melaungkan ayat Quran "favourite"nya, "Wamakarullah" kerana segala perancangan atau lebih tepat lagi KONSPIRASI yang dirancangnya semakin menampakkan kegagalan semakin "terbonggeng". (sila login link dibawah untuk seterusnya).


1 ulasan:

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular